Wednesday, March 27, 2013

Kisah

Jauh di sudut sana kelihat seorang anak kecil dalam lingkungan tujuh tahun menangis teresak esak sambil memegang kereta mainannya yang telah tercabut rodanya, dan tidak jauh dari situ sekumpulan anak-anak kecil dalam lingkungan umur yang sama sedang bersorak keriangan dan bergelak ketawa. Seorang wanita yang prihatin mendekati anak kecil yang sedang menangis itu, di bisikkan pada anak kecil itu bahawa janganlah menagis lagi, tiada apa yang perlu ditangiskan itu hanyalah sebuah kereta mainan, wanita itu berjanji akan menggantikan dengan kereta mainan yang lebih baharu, yang lebih canggih dan cantik. Anak itu menggelengkan kepala , sambil berkata dalam esak tangis " Kereta mainan ini di hadiahkan oleh arwah ibuku tiga tahun lepas, dan itulah hadiah pertama yang aku peroleh , tidak akan ada yang dapat menggantikan kereta mainan yang rosak ini."


.........................................................................................................................................................

Mungkin perkara yang disangka kecil bagi kita itu adalah perkara yang paling penting dalam hidup mereka.
Mungkin barang yang kita lihat lusuh itu, merupakan barang yang paling berharga bagi mereka. 

Kadang kita melihat orang menangis atas sebab yang kita rasa remeh tetapi sebenarnya ada sebab yang lebih besar yang menyebabkan mereka begitu sedih.

Kita tidak mampu menjangka dalam setiap peristiwa itu sebenarnya punya kisah yang lebih berat yang tidak kita ketahui.



Mereka  sengaja membiarkan kita memarahi diri mereka dan menggelarkan mereka bodoh kerana bersedih atas perkara yang mudah, tetapi sebenarnya ada perkara yang lebih besar ditanggung oleh mereka yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa.

Thursday, October 11, 2012

sembilan purnama



Benih ini disemai dengan penuh cinta oleh sepasang hati,
Benih ini disiram dengan penuh kasih sepasang hati..

Pabila ia tumbuh nanti,
biarlah ia tumbuh dengan indahnya
biarlah ia tumbuh dengan berserinya.

Walau sepasang hati yang menyiramnya dulu sudah tidak bersama,
Biar hati yang tinggal ini menjaga benih ini dengan baiknya,
Biar hati yang tinggal ini menjaga benih ini dengan cermatnya.

Moga benih ini terus gagah untuk hidup,
Gagah untuk melangkah,
Untuk tempoh sembilan purnama akan datang.

Itu sahaja bukti cinta pasangan hati itu pada nya,
Itu saja bukti kasih dari pasangan hati itu.

Walau kasih itu kasih palsu,
Walau sayang itu sayang plastik

*ibu sayang kamu nak*,
bisik si ibu tunggal itu pada kandungan nya.


Saturday, October 6, 2012

Gelas

.

Terlalu penuh hingga kosong

Terlalu menjaga hingga hilang

Terlalu banyak ingin berbicara hingga bisu

Terlalu asyik memikir hingga beku


Kosong. Hilang. Beku.  Bisu.

Wednesday, September 12, 2012

Dia.

Dia yang manis, yang sentiasa ada.
Dia yang gagah, yang sentiasa berani

Kata kata nya ibarat belati,
Apa yg diungkapkannya sentiasa kena pada tempatnya,
Sentiasa tegas dalam kelembutan.

Dia yang tidak bergantung harap pada orang lain untuk melangsungkan kehidupan,
Dia yang berdikari.

Jiwa akan senang dengannya ,
Matanya bercahaya saat dia bermadah,
Seolah olah dia bercerita dari hatinya..


Beruntunglah siapa yang berada disisinya
Si dia yang tegas, dia yang bertanggungjawab,
Si dia yang menyenangkan,
Si dia yang punya hati besar.

....

Angin ini kadang terkaku saat dia meluahkan rasa hati,
Bukan tak ambil peduli,
Bukan keras hati,
Bukan tuli,

Cuma angin ini akan diam sendiri saat dia meluahkan,
Otak si angin akan ligat berputar mencari kata yang sesuai,
Kata sesuai untuk menenangkan dia,
Namun angin sering bertemu jalan buntu.

Angin ini mahu selamanya menyamankan dia,
Mahu selamanya bersama dia,

Saat dia meluahkan kekecewaannya pada sikap angin,
Sakitnya dia pada layanan angin,
Sendi sang angin seakan hilang fungsi,
Hati sang angin ibarat dicucuk duri,
..
Namun angin masih begitu,
Lagaknya bisu saat mendengar luahan,
Menyerap rasa , namun sukar menzahirkan kata kata yg menyenangkan.

........

Tuhan,
Tolong kirimkan dia kehidupan yang bahagia.

Tuhan ,
Tolong berikan dia kesenangan.

Tuhan,
Tolong buka jalan kehidupan seluas luasnya untuk dia.


Supaya angin dapat melihat dia gembira, tenang, selesa, bahagia.
Angin halimunan ini tahu dia akan berjaya satu saat nanti.
Itu sudah cukup.

.....
Tuhan, angin ini begitu sayang pada dia.