Mengapa begitu? adakah mengejar dan memburu itu lebih mudah dari memelihara apa yang ada?
Dan akhirnya, akibat tidak mampu memelihara, manusia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan perkara yang dulunya dia inginkan.. tinggalkan begitu sahaja..Lalu datang satu momen kelam dalam diri, mula bersedih , berduka atas apa yang berlaku.
Jika berduka, mengapa lepaskan? mengapa tinggalkan? mengapa tidak terus memeluk dan mencapai bahagia?
Manusia, mengapa kalian sering menambahkan kerumitan dalam sesuatu perkara yang sudah jelas jelas terang bercahaya? Mengapa perlu menyakitkan jiwa sedang jalan untuk mendamaikan jiwa itu lebih lurus?
Manusia itu unik, mungkin keunikkan itu membuatkan manusialah yang diberi kepercayaan dan tangungjawab untuk mentadbir alam. Keunikkan manusia itulah yang membuatkan manusia itu terus berjaya hingga ke angkasa , keunikkan itulah yang membuatkan manusia itu mampu merosakkan bangsa dan alam.
