Tuesday, December 16, 2008

si sopak , botak , & buta



dari Abu Hurairah ra menyatakan bahawa die mendengar Rasulullah S.A.W bercerita : ade tiga org bani israil yg first ,sakit kulit,second ,botak,ketiga,buta.

ALLAh menguji mereka lalu didatangi satu malaikat.
  • orang sakit kulit .. malaikat menemui orang sakit kulit lalu bertanye "apakah yang engkau sukai?',pastu orang sakit kulit tu pon jawab "warna yang baik,kulit yang baik dan hilangnya yang membuat orang jijik melihat ku". so, nak dijadikan cerita,dengan izin ALLah,malaikat tu pon usap kulit orang tu dan hilang lah segala sakit kulitnye dan diberi warna kulit yang baik..kemudian malaikat tanye lagi kat org ni "harta apa yang palng anda sukai?" org tu pon jawab lah "unta". maka dia diberikan seekor unta yg sedang mengandung dan malaikat itu berkata "semoga Allah memberi berkah kepada mu dengan unta ini".
  • orang botak... malaikat menemui orang botak lalu bertanye"apakah yang plaing engkau sukai?",org botak pon mnjawab "rambut yang baik,serta hilangnya rasa muak orang memandang ku !" then,malaikat pon usap kepala org itu dan dgn izin ALLAh,tumbuhlah rambut dgn baik. then malaikat pon tanye lagi, "harta apakah yang paling engkau sukai?"org tu pon jwb, "lembu" maka dia diberi lembu yang bunting dan malaikat tadi berkata " semoga Allah memberi keberkatan kepadamu".
  • orang buta... mcm biase malaikat tu tanye "ape yg paling engkau sukai?" org buta pon jwb"kiranya ALlah mengembalikan penglihatan ku sehingga aku dapat melihat manusia".jeng jeng jeng,dgn izin Allah,penglihatannye dikembalikan. kemudian malaikat tanye "apa harta yg paling engkau sukai?" org tu jawab "kambing". org tu pon dapat la kambing bunting..

Allah memberikan ketiga tiga org tu nikmat yg banyak,haiwan2 yang depe dapat tu membiak dgn byknye,hinggalah satu lembah penuh dgn unta,satu lembah lagi peenuuh dgn lembu dan satu lembah lagi peenuuh dgn kambing.


nak dijadikan cerita, satu hari datanglah malaikat yg sama tu kat org yg dulunye sakit kulit dlm keadaan dan cara org yg menghidap sakit kulit.berkatalah malaikat tu.."saya seorang yg miskin ,sy ni kehabisan bekal dlm perjalanan,sampai hari ni tidak ada apa apa lagi kecualai dgn pertolongan Allah dan bantuan tuan. kerana sy minta kpd tuan dgn zat yg memberikan engkau kulit yg baik serta harta benda.saya minta seekor anak unta untuk bekal meneruskan perjalanan saya ini"

org yg dulunye sakit kulit tu pon ckp kat malaikat yg menyamar tu .." yg berhak terhadap harta itu banyak "..n dia menolak permintaan malaikat tadi. malaikat tu pon ckp balik " sy seperti pernah melihat engkau,bukankah engkau dahulu yg sakit kulit kemudian Allah SWT memberikan engkau kejayaan?" pemilik unta yg tak kenang jasa tu pon ckp " Sy mempunyai harta benda ini dari nenek moyang saya"... so,malaikat pon ckp " kalau engkau dusta,mudah mudahan Allah akan menjadikan engkau kembali kpd keadaan semula "

malaikat tu pergi jenguk org yg botak dulu tu.maka malaikat temui org tu dgn rupa yg botak dan menjijikkan.org yg telah memliki lembu yg byk tu tolak dgn sombongnye mcm org sakit kulit tadi.maka berkatalah malaikat " kalau engkau dusta,maka mudah mudahan Allah menjadikan engkau kembali keadaanmu seperti semula"

malaikat tu pergi pulak jumpe org buta dlm gerak geri mcm org buta. malaikat tu berkata "sy org miskin& kehabisan bekalan dlm perjalanan saya ini,sy tidak mempunyai apa apa sampai hari ini kecuali dgn pertolongan ALLAh kemudian dgn bantuan engkau.oleh sebb itu sy minta kpd engkau dgn zat yg mengembalikan penglihatan engkau,berilah seekor kambing untuk bekal meneruskan perjalananku ini"

org buta tu jawab " dulu,aku buta,oleh Allah penglihatanku dikembalikan.maka ambillah apa yg anda sukai dan tinggllah apa yg tidak anda sukai. maka semi allah aku tidak akan mengganggu dan menganiaya mu dari sesuatu yg anda ambil kerana Allah"..so malaikat tu ckp "simpanlah harta benda engkau.engkau telah dicuba dgn ujian Allah dan tuhanmu redha kepada engkau tetapi marah kpd kedua temanmu...

so,kesimpulan yg dpt diambil dari kisah tadi tu, jgn lah kita bangga dan sombong dgn harta yg kita ada..sesungguhnya harta dan rezeki yg dimiliki itu adalah milik Allah dan Allah boleh bebila mase je tarik balik rezeki yg telah dikurniakan tu dgn sekelip mata..^_^

rujukan : "himpunan kisah kisah malaikat,muhammad isa selamat,darul nu'man (1997)"

6 comments:

Anonymous said...

semoge diriku tidak tergolong dgn org2 yg tidak bersyukur...
amiin...~

orang minyak said...

ini ksah benar kah??

intan.maisarah said...

to orang minyak : hadith la..benar

Fitra ZaffiQ said...

yaa.smoga kte slalu bersyukur setiap hari.. =D

Mun said...

em, btul2, da penah dgr da citer ni b4.

intan.maisarah said...

he~ femes la kisah ni