Monday, April 25, 2011

.realiti dalam khayalan .



Kaki yang tidak kenal erti lelah terus bergerak sendiri,
meneruskan pengembaraan,meneroka segenap sudut di hutan larangan ini.
Hutan larangan yang tampak suram, penuh dengan pokok-pokok yang menongkah langit,
Namun masih ada ruang bagi sang matahari menumpahkan cahaya disebalik dedaun pokok itu.
Kedengaran burung-burung berkicau, rama-rama menari-nari
memenuhi segenap hutan larangan yang tampak suram, namun menyenangkan.
Kaki ini, kadang tersalah langkah, terjatuh, sakit.
Namun digagahi jua untuk bangun,berlari.




Mata ini tergamam, kaget.
Melihat desiran air terjun indah, jernih. menyegarkan.
Badan ku ini,
ku rendam dalam air jernih ini,
tengelam dalam tujahan air terjun.
Lemas, sesak.... namun ada terselit rasa bahagia.





Penjelajahan diteruskan, hingga menemukan titik akhir,
bertemu dengan sebuah mansion di dalam hutan larangan ini.
Tampak cantik, gah. namun kelihatan usang, tidak berpenghuni,
peluh dingin mengalir di dahi..
ada rasa seram namun bahagia.








mansion itu : kematian yang sedia hadir bila bila masa.


mak, ,. mak.  sara rindu nyang.
 rindu sangat.sampai mimpi-mimpi.

30 comments:

. said...

bahagia dikala terluka, seram itu ada juga tapi seram itu yang menarik.

skandaLdariLangit said...

jika ska mati, hadiahi alfatihah 44 hari. yasin 7 hari. dan ingatan sepanjang hayat..

catherine- said...

pertama

catherine- said...

erk?? ==""

catherine- said...

kemainn.....








kamu jatuh cinta?

Unknown said...

abce je kalam cinta dari tuhan..insyaALLAH hati dan diri akan dilindungi..

intan.maisarah said...

JIJI YU
kalam yang memberi ketenangan
@>-----



catherine-
bukan lah,
rin ni pun
~.~
jatuh cinta pada rin
@>----





skandaLdariLangit
bacaan al-fatihah itu
akan sara baca
sampai bila bila
bukan setakat 44 atau 7 hari.
@>-----




KHRLHSYM
seram itu mengajar kita untuk jadi lebih berhati hati
seram yang mengingatkan kita yang terhanyut.
@>------

Cik Aien said...

jatuh suka dengan kata-kata.
jatuh hati pada penulisan kata.
jatuh bangga pada pencipta kata.

Sca Ndx said...

ingat2 yang mati. ingat2 juga kita akan mati.

Afida Anuar said...

kisah suka duka sebuah kehidupan? dugaan datang, bahagia di kemudian, maut yang datang?

PS: nyang.... rindu nyang jugak...cuma tak mimpi je...

HEROICzero said...

mimpi itu, tanda kamu ingat.

=)

bertuah nyang kamu.

ewanthology said...

apa ada disebalik pintu?

sangat misteri.

mungkin amalan boleh memberitahu.

ghost said...

biarkan kaki terus melangkah..

biar sakit terkena onak..tidak mengapa kerna 'hutan' itu tercipta bukan hanya pada jalan yang disediakan,pasti banyak halangan dan ranjau.

jangan berpatah balik kerna pasti akan terdorong ke hadapan jua oleh takdir.dan takdir itu adalah kematian.

.drakula. said...

rindu la tu...

Cik Ina Do Do Cheng said...

bukan mimpi itu mainan tidur. mainan tidur boleh wat makcik menangis gak dua tiga hari lalu, waktu subuh, mimpi firdaus di bawa air deras.mengucap panjang makcik.

Anonymous said...

alfatihah

Mutiara Bernilai said...

*menangis*

tak tahu kenapa,
ada air mata kat muka,

thanks.
terkesan.

uncle gedek said...

MImpi itu indah, igauan itu menakotkan...

Tapi jangan takot akan igauan sebab igauan hanya datang dalam mimpi...

Saidatul Noor Farhana said...

terus kn melangkah hingga ketemui apa yg mahu...jgn tkot akan cabaran wahai intan comel...ehe...

al-fatihah utk arwah yang kamu..:)

catherine- said...

hai sara

knp kamu comel sgt

--""

AkuMuzikFilem said...

tertarik dengan salah 1 komen. "ada apa di sebalik pintu, moga amalan boleh membantu".

AkuMuzikFilem said...

tertarik dengan salah 1 komen. "ada apa di sebalik pintu, moga amalan boleh membantu".

kyo_9 said...

fuh..
kata-kata yang begitu menarik dan mendukacitakan.. semoga arwah di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman..

Verdict said...

kewl..



atok slalu datang dalam mimpi aku..



heh..

Encik Psychopath said...

seram sejuk.

Anonymous said...

senyum ok :) best nya :)

kechixx said...

mati sentiasa memanggil manggil kita..

intan.maisarah said...

@kechixx :
mati yang menunggu kita



@aiman rashid :
:) sedang senyum
^_______________^





@encik psychopath :
ada seram panas tak?


@Fiq Vertigo
kalau atok kamu datang lagi
kirim kan salam ya



@kyo_9:
amiinn




@AkuMuzikFilem
menarikkan kata kata itu.
terkesan

intan.maisarah said...

@Cik Aien
jangan begitu
pencipta kata ini
hanya manusia biasa
yang banyak silapnya



@Ska Ndx:
semua akan melalui saat itu


@Afida anuar
itulah yang cuba disampaikan :)



@heroiczero:
amat merindui dia




@delarocha:
amalan sepanjang hidup

intan.maisarah said...

@ghost writer:
mata ini,
akan terus ke depan
akan terus berusaha



@Republic aku:
amat rindu


@Cik Ina minat Do do Cheng:
memang iblis suka datang dalam alam mimpi
menggangu mimpi kita



@Mutiara Bernilai:
maaf.
bukan niat untuk buat kamu menangis



@gedek!:
mimpi,
satu pengembaraan indah



@saidatul noor farhana:
terima kasih
Sai yang cantik
rindu pula zaman di mrsm dulu
<3


@rin :
hehe rin lagi comel