Thursday, May 27, 2010

Rama-rama itu cantik

-diolah dari karya :- Dr HM Tuah Iskandar

Butterfly. Rama-rama, merupakan satu ciptaan Tuhan yang indah lagi cantik .
Kita sering mengaitkan rama-rama dengan perasaan yang ceria, cantik, suka, serta gembira.
Rama-rama mengindahkan lagi kecantikkan sekuntum bunga yang sedang mekar.

Tetapi, cubalah kita tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya.
Corak-corak yang indah itu akan terlekat pada jari-jari kita.
Kemudian, kita lepaskan kembali sang rama-rama, biarkan ia terbang tetapi,
kecantikan pada sayapnya telah luntur, dan tiada siapa lagi yang kagum dengan kecantikkan ia.

Rama-rama ibarat wanita,
harga rama-rama terletak pada coraknya yang menawan,
harga wanita terletak pada tubuh serta maruahnya.


Wahai wanita,
Peliharalah diri anda.
Mahalkan harga diri anda.
Semakin sukar anda dimiliki,
semakin mahal nilai anda disisi lelaki,

Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki
tetapi
tidak mahu setia apatah lagi mahu memelihara/melindungi anda.

Jadilah wanita anggun yang mempunyai nilai serta maruah diri,
kelak, anda akan dihormati.

INGAT!
niilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki ingin memiliki anda
tetapi
berapa ramai yang benar benar sanggup mencintai anda.


Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam
Jadilah wanita yang membanggakan serta membahagiakan semua orang.





image : abang GOOGLE
p/s : cantikkan siti tu ♥

1 comment: