Friday, January 30, 2009

owh mc Donald~





terlalu banyak yang ingin aku perkatakan sebelum jari jari aku memulakan rentaknya menaip setiap bait bait ayat disini.ahhaha~ tapi otak ini seakan akan kosong pabila jari ini memulakan rentaknya.`~_~"



maaf..entry ini agak panjang~

hari ini seperti sebelum nya.aku akan menyelak helaian akhbar yang abah beli.
banyak kisah kisah yang menarik perhatian ku..antaranya kisah serangan ISRAEL terhadap bengkel pengeluaran senjata di GazaCity, kempen Perebutan jawatan UMNO (owh melayu~) , kisah kugan ( seorang penyamun kereta mewah yang akhirnya menjadi "hero" ..hahah lawak la ),
kisah sambal belacan segera, bla bla bla ..(byk sgt kisah yang menarik hari ini )
tetapi..ada satu kisah yang menarik perhatian ku..

rujuk halaman14, utusan malaysia..
(maaf tak sempat nak scan )

satu warkah dari
Azmir Jaafar..
siapa?
beliau merupakan
PENGARAH URUSAN McDOLAND's MALAYSIA.

(sila hargai usaha ku yang berusaha untuk menaip semua setiap bait bait kata dalam warkah ini..) =Þ

Sejak McDonald's Malaysia membuka restorantnya yang pertama pada tahun 1982, kami sentiasa memberi sokongan padu terhadap komuniti tempatan melalui penglibatan aktif dan berterusan dalam pelbagai jenis aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan. Ini kerana, sesungguhnya Mc donalds malaysia merupakan sebuah syarikat diterajui olanh warga tempatan dan ditubuhkan di bawah rang undang - undang malaysia.

PELUANG PEKERJAAN

Pihak pengurusan dan lebih 8,000 org para pekerja kami merupakan rakyat Malaysia. Di samping itu, hampir 90 % daripada kakitangan kami terdiri daripada umat islam. Yang pasti,pekerja kami merupakan aset syarikat kami yang paling utama.

Sejajar dengan usaha kami untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia, kami merancang untuk membuka antara 15- 20 restoran baru setiap tahun. Tahun ini sahaja, dianggarkan 1,000 - 1500 peluang pekerjaan akan ditawarkan kepada rakyat tempatan.

12 orang francaisi kami juga merupakan warga Malaysia yang cukup berdedikasi dan komited di dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami. mereka turut menyediakan pekerjaan kepasa komuniti setempat di mana setiap restoran memerlukan antara 50 - 70 pekerja untuk memastikan perniagaan dapat diajlankan dengan cekap dan lancar.

PARA PEMBEKAL

Mc Donald's malaysia menjalinkan kerjasama dengan lebih 50 pembekal tempatan dalam menyediakan bahan makanann yang halal, selamat digunakna dan menepati etika operasi yang ditetapkan. Pembekal utama kami turut mengeksport hasil keluarannya ke Mc Donalds di negara negara lain seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Emiriah Arab bersatu dan banyak lagi.

ini membuktikan bahawa luar negara turut menaruh kepercayaan sepenuhnya keatas product pengeluaran tempatan, sehinggakan jumlah eksportnya mengatasi RM130 juta setahun. Justeru itu, kami mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan dengan menjana perolehan negara di samping menyediakan peluang perkerjaan yang berlanjutan.

PENGLIBATAN KEMASYARAKATAN

Pertubuhan Kebajikan Mc Donald Malaysia (RMHC Malaysia ) ditubuhkan 19 tahun yang lalu untuk membantu masyarakat tempatan melalui program program kebajikan bagi kanak kanak yang kruang bernasib baik, khususnya dari segi kesihatan, pendidikan dan perkembangan sosial.
Salah satu programnya ialah Gift of smile yang bertujuan membantu kanak kanak yang dilahirkan sumbing dan lelangit. Setakat ini, lebih RM 1.2 juta dibelanjakan untuk membiayai kos pembedahan bagi kira kira 200 orang kanak kanak Malaysia.

Mc Donald's Malaysia membiayai keseluruhan kos pentadbiran pertubuhan ini, agar semua hasil kutipan dapat disalurkan sepenuhnya untuk program program amal. Kami yakin penglibatan kami di kalangan masyarakat tempatan mapu membawa perubahan positif.

mc Donalds merupakan jenama yang paling ternama di dunia. Namun begitu, keutamaan kami sebagai rakyat malaysia adalah untuk terus berusaha, membantu membawa perubahan yang bermakna dan meniggalkan kesan positif di kalangan masyarakat setempat di negara ini.


(haaaaaaa...lenguh tangan teman menaip..sape yang skip skip bace warkah ni..memang saje je la`)


ini pula fakta yang aku dapat : -
(ni copy paste je)



* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.


pelik bin ajaib kan..
tiba-tiba sahaja terselit warkah dari Pengarah Urusan mc Donald Malaysia di Utusan Malaysia hari ini.

MENGAPA ye ?
alasan nya sama seperti product
COLGATE yang mengeluarkan iklan
"JAKIM MEMPERAKUI UBAT GIGI COLGATE DISAHKAN HALAL"
apabila kecoh ketika itu dikatakan ubat gigi tersebut tidak halal.

sama juga kisahnya dengan warkah ini,
warkah ini muncul apabila umat islam bersungguh sungguh ingin memboikot barangan dari
AMERIKOS dan ISRAELIKOS(walaupun masih ada lagi muslimin dan muslimah disini yang tidak ambil peduli) dan, Mc Donald termasuk dalam senarai barangn tersebut.



aku kdang kadang terfikir..
"bukan ke org org keje kat tesco,carefor,mc d, kfc ,kilang nokia, intel tu ramai nye org islam sendiri..ape akan jadi kpd mereka kalo syrkt syrkt besar ini mengeluarkan product,jenama tu dri negara ini?tidakkah mereka akan kehilangan pekerjaan dan lebih teruk lagi..ekonomi negara kita ini sendiri akan terjejas..!!" (ceh mentang mentang ambik bisnes.dah fikir tentang ekonomi dunia sekarang ni )

aku mengemukakan persoalan aku ni kepada kakak sulung ku..
ni jawapan dia.
"jgn la kerja kat tempat tu kalo dah tau tu kepunyaan yahudi..cari la keje lain"

terdiam aku seketika.
aku mencari lagi point point untuk di bidas.
"abis tu kalau yang empunya francaisi yg muslim tu mcm mane..tak ke nanti rugi nanti,"

kak yong pun menjawab dgn selambanya
"buat la bisnes lain "

~_~"

entah la..
aku pun bingung memikirkan persoalan yang aku sendiri tidak tahu jawapannya..
ada yang menyatakan hukum memboikot barangan dari
AMERIKOS dan ISRAELIKOS ini hukumnya wajib..

dan aku,
masih bingung.
masih berfikir.
dan berfikir.


boikot je a..ape susah pun kan?
dan minda ku masih berfikir mencari jawapan tentang persoalan yang aku sendiri terbitkan.

buat rakan rakan ku di luar sana yang kental semangat jihad nya!~
teruskan usaha kalian untuk menegakkan agama tercinta.



~si bingung~



10 comments:

DiyanaKhairul said...

brothers n sisters in islam,
just imagine if WE ARE IN THEIR POSITION.
PERNAH TERFIKIR KALAU MALAYSIA NI AKAN DISERANG BERTUBI-TUBI, DIBOM SETIAP HARI.
MANE NAK LARI??
the least we can do here is to give whatever we have. and surely by praying and boycotting, it meant a lot to them..

*sanggup tukar shower foam n pad cap ayam. takpe*
for you gazans...
may Allah help us..

Anonymous said...

owh pizzzzzaaa

orang minyak said...

sesungguhnya jihad melawan nafsu adalah jihad paling besar...

klo dpt ilangkn nafsu nk mkn mcD...brmkna,anda tlah brjya jihad di jalanNya

intan.maisarah said...

future puan diyana : ^_^ tq for your opinion..yup jus imagine w r in their position..
sangat tak sanggup melihat kesediahn mereka~

yes dz.. hahha pizzaa..` belanja kamo pah pizza di pkns bangi cukup la..

dear haikal : semoga anda dirahmati ALLAh hendaknya

*iehalovesyou~ said...

hehehhe..
marilah kite bokikot ;pp*
hey..i link u yah! (:
nice blog anyway ^_^

azmalina said...

boikot boikot. microsoft yg kite gune niy pown yahudd ape. bill gate tuh. so, cmane tuh? gune netscape lak kew? aha.

intan.maisarah said...

hu~ bingung~

Anonymous said...

jgn gune microsoft, kite gune michealsoft..hihi

intan.maisarah said...

hahah byk la ko..

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

boikot boikot. microsoft yg kite gune niy pown yahudd ape. bill gate tuh. so, cmane tuh? gune netscape lak kew? aha <-- dalam kes boikot ni ada diberi kelonggaran terutamanya barangan yg takde pilihan seperti komputer yg kita pakai ini.

whereas makanan yg banyak pilihan lain, silalah jalankan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim yg prihatin. Tak mati pnye kalau tak makan McD, KFC, Pizza & lain2 tuh.