Thursday, June 4, 2009

.roda kehidupan.

MUKADIMAH

kadang kala.. aku terpikir.... ape fungsi aku dijadikan oleh YANG MAHA ESA?

aku tahu... fungsi utama nye ialah untuk mengabdikan diri kepada Yang Esa serta menjadi seorang insan yang berguna untuk keluarga..masyarakat dan agama..

kadang kala aku terpikir...

apa saja yang telah aku capai sepanjang usiaku yang hampir mencecah 20-an ini...

.....pikir punya pikir... tiada pencapaian yang boleh membanggakan setakat ini..



................................................................................................................



Banyak perkara yang berlaku sepanjang cuti semesta ni...

dan perkara perkara



tersebut menyedarkan aku bahawa hidup ini macam satu kitaran yang singkat...


hidup ini satu perjuangan dan pertandingan.
.


yang rajin berusaha cekal serta beristiqomah dalam melakukan sesuatu akan mendapat hasil


yang tidak ternilai harganya...

yang malas pula akan mendapat hasil yang sebaliknya..


................................................................................................................
kisah 1

qisha adriana

2 minggu selepas selesai final paper aku.. aku dapat berita gembira..

kak sulung aku selamat melahirkan anak sulungnye.. dgn lahirnye bayi tu..

aku dah ada 2 orang anak sedara..


(anak sedare aku yg fes lahir buln 3 tahun ni.. anak kakak no 2 aku )


aku dapat lihat betapa sukarnye kakak2 aku menjaga anak mereka..

malam malam tak dapat tido..

melayan anak kecil yang menangis minta susu..

salin lampin...

kembung perut..
bla bla bla...


ditambahnya pula dengan keadaan kakak2 aku yang bersalin secara pembedahan..
perlukan penjagaan yang rapi di bahagian jahitan...
l


melihat betapa susahnye menjaga anak kecil..aku jadi insaf...
betapa besarnye pengorbanan ibu bapa..




khaireen nursyifa'

................................................................................................................


perkara 2

ini bukan gambar moyang aku

aku ada moyang yang usia hampir mencecah 100 tahun...


dia masih kuat. tiada sebarang masalah kesihatan.. cuma pendengarannye agak kurang.



bulan 3 yang lalu... dye jatuh bilik air..menyebabkan kaki kaki nya sakit.. sukar nak berjalan..


dye memerlukan kerusi roda untuk ke bilik air.


dan sepanjang harinya dye menghabiskan masa baring di atas katil.


baru baru ni.. dye tak mau jamah makanan..minum pun tak mau..

kalau letak setitik air di bibir dye..dye akan cepat cepat lap..


puas kami pujuk dye makan.. dye tak mau.. di marah nye kami..



di tutupnya mulutnya rapat rapat..



di di tepisnya tangan kami



kami bingung dgn sikap dye..



last last, kami bawa ke hospital..


dgn harapan bila tinggal disana...



doktor akan mengenal pasti apa punca yang menyebabkan dye tidak
mahu makan..


banyak cara dah buat,, scan badan.. endoscopy .. .


tiada masalah dgn badannye..




disebabkan diri dye yang tidak mahu menjamah makanan .

. doktor terpaksa sambung tiub dari hidung ke perutnya.
untuk menyalurkan makanan dalam bdan dye..


................................................................................................................


kisah 3

30.mei 2009.

bapa saudara ku meninggal dunia pada usia 57 tahun.


................................................................................................................




aku sebenarnya cemburu dgn kwn kwn aku yang mengabiskan cutinya dgn pelbagai

aktiviti yang menarik.. melancong sana sini.. camping.. shopping...hangout...

dan aku menghabiskan cuti aku dgn menjaga bayi yang baru lahir.. salin pampers.

.. cuci botol susu.. siapkan tempat mandi bayi..bla bla bla

menjaga moyang ku yang uzur di rumah dan dihospital...mandikan,,

salinkan pakaian, bla bla bla...


bukan mengeluh ...

tapi aku bersyukur dgn TUHAN kerana bg aku merasaai pengalaman mcm ni..

dan dgn perkara perkara yang berlaku sepanjang 6 bulan pertama tahun 2009 ini...



buatkan aku insaf....


hidup ini singkat.. bagaikan roda..

bila kita bru dilahirkan..
dijaga oleh ibu bapa..
disambut dgn riang..
dilayan dimanja...

pabila kita meningkat dewasa...
tanggung jwb bertambah..
perlu mencari ilmu..
mencari rezeki..
beribadat.berkahwin.
menambahkan zuriat
.menjaga anak.
memastikan anak menjadi insan yang sempurna


bila sudah meniti usia emas..
badan mula lemah..
banyak penyakit yang datang..
kaki mula lemah..
anak anak dan cucu pula yang akan menjaga kita



dan akhirnya..
dipenghujung usia..
nyawa kita ditarik.
bermula kehidupan baru di alam kubur.





................................................................................................................




tq kepada sesiapa yang berjaya membaca entry aku tulis ni sampai habis..


ingatlah wahai teman.. hidup ni sementara sahaja..

dunia ini hanya pinjaman..

akhirat merupakan kehidupan hakiki..

sementara kita sibuk menguruskan kehidupan di dunia ini.. ambil la masa untuk menambahkan
pahala untuk kehidupan akhirat


sesunguhnya.. di akhirat nanti.. segala perbuatan kita akan dihisab dan dihitung..



^_^..

wassalam.

4 comments:

kuSut said...

waaa...
menusuk kalbu...
syabas sista...

Balqis Riza said...

menarik..
aku tak sbr nk cuti~

Zatiesiska Abdul Rahman said...

aku membaca dgn penuh keinsafan sob..sob..

dyn al said...

menarik sgt .