Tuesday, February 23, 2010

alaaa standard la tu..

pabila di pusat membeli belah  gadis dan pemuda dalam lingkungan 14 , 15 tahun berpeluk pelukkan tanpa sengan silu. berjalan pula bersama rakan taulan. rakan taulan pula berbisik sesama mereka "sweeettnyeeee dioraaaaaaanggg"

pabila di pusat membeli belah muncul sekumpulan gadis lingkungan 13,14,15 tahun dengan berpakaian ala-ala ke majlis makan malam diserikan pula dengan kasut tumit tinggi serta tas tangan berlabuci.
juru jual memuji "cantikk nyaa baju adiikk", dan si gadis tersipu malu.

pabila golongan remaja islam ditahan di pusat hiburan dalam keadaan mabuk dan khayal .
- "life beb.. enjoy sebelum tuaaa.."

pabila si lelaki atau perempuan membuat pengakuan suci bahawa mereka menyintai kaum sejenis .
"alaaa...zaman dah moden... open la wehhh, kerajaan Britain pun da bg kawin sejenis'" (betulkan saya jika fakta ini salah)

pabila si ibu ayah sanggup buang anak
pabila si anak sanggup buang ibu ayah

pabila isteri menjalin hubungan dengan lelaki lain.
pabila suami menjalin hubungan dengan perempuan lain

pabila..
pabila..
pabila..
pabilaa..


alaaaaaaaa... standard la tuu.. zaman sekarang memang macam ni...
nafsu menguasai segalanya..
syaitan bersorak gembira.
umat islam makin leka...
ha ha ha ha

5 comments:

Yana Mohamad said...

Betul! betul! betul..memang tak dinafikan lagi..malahan ibu plak rasa cam malu pada bangsa lain..

ye la kan bangsa melayu dikatakan mempunyai adab ketimuran..ada pantang larangnya dlm pergaulan ant laki dan pempuan...

Aduhai bebudak skrg..manala rasa malu dorangkan?...

intan.maisarah said...

bukan tentang bangsa lah ibu..
ini soal agama.

✿ Cik Nadyaa ✿ said...

Benda tu dah jadi kebiasaan zaman sekarang ni..Budak umur 13 tahun pun nampak macam da 18tahun..
Entah la,teradvanced sangat diorang ni agaknya..huhuhu

Munira said...

takde pihak yang buat keje. mak bapak xpeduli, orang lain lagi la xpeduli. tambah lak dengan pengaruh media. memang hancus la sume.

Balqis Riza said...

true..well said~