Sunday, August 8, 2010

Manis.Harum.Kelat.Tawar.Busuk.Jijik

Pengalaman mengajar kita supaya menjadi lebih matang,
 lebih memahami mengenai sesuatu dengan lebih mendalam.
Kadang -kadang, sesuatu yang kita rasakan manis harum tidak semestinya akan kekal.
Mungkin , orang lain akan membenci seseorang apabila berlakunya persilisihan walaupun sebelum itu, dia lah tempat bermanja, gelak ketawa bersama.

Sukar bagi kita untuk menerima hakikat yang sesuatu yang sebelum ini manis,harum, cantik telah bertukar menjadi pahit, tawa, masam,kelat, busuk, hodoh.

Ada perkara kita tak sedar, tak nampak .
Ikhlaskah hati bila pengorbanan ,kesetiaan diungkit?
Cintakah itu,jika tidak dapat menerima kelemahan dan kekurangan diri ini?
Sayangkah itu,jika hanya keburukan yang dilihat,bukan kecantikan dan kekuatan?

Mungkin benar, sesuatu yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya.

Sukar untuk menyuarakan kebenaran jika pihak lain tidak mahu mendengar, berbincang.
Sukar untuk menyuarakan pendapat, jika pihak lain sudah mula membenci.

Tapi tak mengapa, mendiamkan diri itu kadang-kala lebih baik dari bersuara .
Jika bersuara itu akan lebih memburukkan keadaan.

Kegagalan, kekecewaan ini memang sukar untuk ditelan .dihadam.
Biarlah pihak lain membuat spekulasi, andaian tersendiri.
Walaupun sakit bagai tercarik-carik hati bila mengetahui seseorang yang kita sayang ,cinta, kasih
 mula membenci, jijik,muak dengan diri ini.

Walaupun bahagia itu datang seketika, akan diingati hingga akhir nyawa.
Terima kasih kerana telah mengajar erti bahagia.
Terima kasih kerana mengajar erti Cinta.
Terima kasih atas pengorbanan yang tidak ternilai harganya.

Teruskan lah membenci
Teruskan lah menghina

Mungkin bagimu pengalaman itu satu perkara yang sia-sia,
buang masa, merugikan.

Biar aku saja yang terus menyemat memori indah itu dalam hati.

1 comment:

Faizalpj said...

pilih kelat leh tak.huhu