Saturday, February 12, 2011

haiwan

Andai ku mampu berbicara dengan haiwan,
Pasti mereka akan mengadu kepada ku perihal manusia.

"Manusia ini aneh, sudah diberi nikmat yang cukup, masih tidak bersyukur"
"Manusia ini aneh, sudah diberi akal, masih tidak berfikir "
"Manusia ini aneh, sudah menjadi khalifah, tidak reti mentadbir "
"Manusia ini aneh, sudah diberi jalan, masih mahu berpaling "

Andai ku mampu berbicara dengan haiwan,
Pasti banyak yang akan mereka mengadu kepadaku




.menulis 3 entry pada 1 hari.
.satu cara untuk mengubat hati.
.saya perlu senyum.
.saya perlu kuat.
.jangan mengingati pada yang membenci.
.jangan sesekali kalah dengan perasaan.

No comments: