Sunday, February 20, 2011

keperluan asas

Apakah keperluan asas bagi seorang manusia?
Udara atau lebih terperinci oksigen untuk bernafas, air dan makanan, tempat tinggal dan pakaian.
Pada zaman dahulukala,
manusia menggunakan kulit kulit binatang untuk menutup bahagian bahagian sulit mereka.
Evolusi pakaian berkembang dari semasa ke semasa,
dari kulit binantang yang tebal , berbau dan kasar,
hinggalah ke kain kapas, sutera yang halus, selesa, nipis lagi empuk.
Malah sekarang, sudah ada industry fesyen yang bertanggung jawab untuk mencantikkan penampilan sesorang dengan pakaian.
kini, baju, seluar, sudah mudah didapati di mana mana,
pasar malam, bundle, pasar borong sakan, wah seah, kedai kain lim, the store, klcc..ada aje kedai kedai yang menjual pakaian.




Tetapi yang aku herannye ni,
kenape budak jiran rumah aku ni boleh main basikal tengahari buta,
rilek aje kayuh basikal tanpa seurat benang..
aku yang jadi malu tengok ko syok aje kayuh basikal..
pakai la baju adikk oi..
panas kot adik oi..
ni Arau, Perlis, bukan London, bukan Cameron Highland
cuaca di Arau ni ekstreem..
silap silap kalau hari hari main basikal bolen tengah tengah panas,
mau ko jadi abu.
pikiaq tu dah la.

1 comment:

Anonymous said...

budak2 takde pikir malu..huhu..tp mak bapa dia kena ler tegur..