Friday, May 20, 2011

.boleh saya tahu?.




Indah nya jika mempunya kulit selembut sutera
Indah nya jika mempunyai kulit secerah mutiara
Indahnya jika mempunyai rambut sehalus kapas
Indahnya jika mempunyai bibir semerah delima
Indahnya jika mempunyai badan yang montok
Indahnya jika mempunyai kecantikan semula jadi


Indahnya jika semuanya sempurna
Semuanya menawan
Semuanya memikat






Bila bersuara,
semua terkedu


 Bila berbicara,
semua terpaku


Dan ku ingin tahu,
bagaimana ya rasanya menjadi jelitawan?



.................................................................................................................................................

Namun, difikirkan,
jika diri ini dikurniakan kecantikan sedemikian rupa,

mampukah aku menjaga kecantikkan ku dari dijaja, ?
mampukah aku menjaga kecantikkan ku dari ditatap oleh yang bukan halal?
mampukah aku menjaga segala galanya?

mungkin,
sebab itu,
aku dikurniakan wajah serba sederhana
walau bukan jelitawan
namun sudah cukup sifatnya
dan aku sudah bersyukur.

:)


(hati masih tertanya-tanya, apa rasanya menjadi jelitawan pujaan ramai)




(gambar : google)

28 comments:

catherine- said...

wlaupun ai ni diva, tp ai x pernah merasa jelita.

:p~

ok.. cantik itu subjektif syg~

JIJI YU said...

tak best weh jadi jelita..eheh..

kesimpulannya..
bersyukur dgn apa yang dkurnia

Dale said...

semua orang ada kemahuan yang sama.

CutieIntan said...

bersyukur dengan nikmat yang allah kurniakan...meaning betul entri ni

wasabi.senpai said...

#enjoyable

geeds said...

biar tidak cantik luaran asalkan dalaman cantik tiada bandingan.

btw, you are beautiful. (:

Mutiara Bernilai said...

aish. tengok pic pon tau sara ni hot.
ahah.

pernah gak terfikir mcm tu..

ape prasaan org2 yg jelitawan ni..

ape2pon, tetap bersyukur dgn diri.. semua insan punya 'cantik' yg berbeza kan?





* Eh,,kulit secerah MUTIARA? ahaha.. :P

pencaci jalanan said...

sederhana tue molek.

Afida Anuar said...

Sara...dari segi pemerhatian sepanjang hidup..kebanyakan jelitawan, cuma jelita di luar, tapi sayang...semua dipertontonkan...

Syukurlah....dengan kurnian Yang Maha Kuasa buat kita;)... kita pun 'jelita' sayang...insyaAllah..

Balqis Riza said...

teringin gak nak tau apa perasaan bila org pndg, toleh buat kali kedua dann ketiga..
tp betul gak..mampu ke nk jaga...

delarocha said...

cantiknya kamu itu adalah pada sesuatu yang tidak diberi lihat.

bukannya pada sesuatu yang sudah luak di jamah mata.

Cikya said...

mudah kena penyakit riak lar sarah..huu~
kalau cantikk...

HEROICzero said...

kadang2 menjadi cantik itu sendiri satu dosa.

fikir.

=)

Nobita Sensei said...

lebih senang menjadi hensem daripada menjadi jelita..hehe

Robot | Sakti said...

nice.

ni puisi ke sajak?
susun kata best dibaca.

:)

Anonymous said...

alangkan muke sederhana pon orang dah toleh 5 6 kali... inikan plak nak jadik jelita... for sure org asyik dok pandang jek... kang dah panas hati plak bile org asyik duk pandang2...

MindaMalay said...

Cantik itu subjektif... Namun pompuan itu adalah makhluk paling cantik ciptaan Ilahi...

betty said...

hati kamu sudah cukup cntik dan tidak ternilai harganya. ah aku juga kepingin kadang mahu jadi jelitawan

Mr feckry said...

bersyukur dengan apa yang ada

gedek! said...

Uncle pon jelitawan, jugak....

Takde rasa apa-apa, pon?

intan.maisarah said...

1. RIN :
rin sentiasa cantik dimata sara <3 <3


2. JIJI YU :
yeke tak seronok?
hihi..
itu lahsebaiknya, bersyukur dengan apa yang kita ada


3. DALE :
kemahuan yang bagaimana?
kemahuan ingin menjadi rupaan kah maksud kamu?


4. CUTIEINTAN:
sentiasa merasa bangga dengan kepunyaan kita :)
itu lebih bermakna


5. BALQIS :
kan. perasaan ingin tahu itu tinggi, tapi mampukah kita nak jaga hati, dari sifat bangga, ujub..:)


6. DELAROCHA:
cantik itu subjektif.
cantik itu lebih bermakna jika dijaga dengan elok ditambah pula dengan peribadi yang indah :)


7. CIKYA :
itu satu,
tapi ada juga kan yang punya complete package, cantik dengan peribadi rupawan.. sejuknyaa mata memandang hihi :)
yang penting, bersyukur bersyukur bersyukur dengan apa yang kita ada.

intan.maisarah said...

8. HEROICZERO :
cantik menjadi dosa jika kita tak mampu menjaga kecantikan itu
kecantikan yang dimiliki
itu
perlu dijaga dengan baik.
bukan untuk disanjungkan
bukan untuk dibanggakan
bukan untuk ditayangkan


9. NOBITA SENSEI:
kamu pasti hensem rupawan orang nya .
:D
hihi


10. ROBOT SAKTI
ini bukan puisi,
ini bukan sajak.
cuma lontaran kata kata biasa.
:)


11. anonymous :
bukan kamu akan jadi gembira ke jika ada yang memandang dan memberi perhatian
hihi


12. MINDAMALAY
perempuan paling cantik
lelaki paling gagah :D


13. BETTY
yang penting, rohani, dalaman
bukan luaran.
hihi.
ingin sekali mahu mengetahui perasaan itu


14. MR FECKRY :
itu sebaiknya,
bersyukur :)


15. GEDEK
uncle jelitawan yang cool.
:)

intan.maisarah said...

16. GEEDS
kachak luar kacak dalam
:)


17. WASABI :
:D


18. MUTIARA
cantik itu satu bonus.
cantik itu subjektif
:)


19. PENCACI JALANAN :
bersederhana itu lebih enak


20. AFIDA ANUAR
semua makhluk ciptaanNYA punya kelebihan tersendiri :)

Pembunuh Tanpa Bayang said...

setiap dari kita-kita ini di beri kelebihan dan kekurangan.

syukur jika di beri kelebihan dan kekurangan jangan terlalu di pandang rendah.kerana tanpa kekurangan itu,kelebihan kita mungkin juga tidak akan menyerlah.

Ain Zulaikha said...

saya pun tka pernah jadi jelitawan tak tahu camne nak describe..

Qaseh dalia adelia said...

bersyukur dengan kurniaan ilahi .. :) jadi jelita maybe susah .. ramai yg dengki huhu ramai yg memuja .. memuja kecantikan tapi bukan memuja akhlak ..

Republic Aku said...

jangan pertikaikan apa yang telah di jadikan ...kenapa melihat jelita seperti satu benda yang salah....nak cari isteri pun kena pilih yang cantik salah satu dari 4 perkara...tuhan suka yang cantik..?

ibnubaba_04 said...

makan tomato..baru kulit licin jelita rupawan..haaaaaaa