Monday, May 9, 2011

. Ibarat susu tepung menjadi susu lembu.

 Mata Damak liar meneliti tiap ruang yang ada disekelilingnya. Tersenyum, puas. Bau hanyir menyelinap disegenap padang rumput hijau yang kini bermandikan warna merah pekat likat. Diperhatikan satu satu pahlawannya yang masih bertarung, rakus menghanyun senjata menusuk jasad setiap musuh yang ada di hadapan mata.


Kedengaran teriakan "berundur, berundur", bertempiaran lari sang musuh kembali ke armada masing- masing. Pasukan pimpinan Damak bersorak keriangan.  Ada yang tunduk kesyukuran, mengesat keringat bercampur luka di dahi, ada yang riang menari.


Kembalinya pahlawan-pahlawan ke Kampung Tualang disambut dengan sorakan, hilai ceria.
Disaji pula dengan hidangan yang lazat- lazat. Ya, ibarat pesta, pesta kegembiraan.


Disebalik sorakkan dan sambutan mesra penduduk kampung atas kepulangan jaguh-jaguh mereka,
hati Damak sayu, risau, mengeluh pabila kakinya melangkah di anjung rumah nya.



orochi. gua rindu sama lu.



"ha, sudah pulang ya kamu,  pergi dapur,  banyak pinggan hendak  di cuci,   jangan lupa bersihkan reban ayam   sepurnama kamu pergi,   entah hidup entah mati ayam ayam itu,   jangan lupa di potong rumput di luar rumah,   kebun pisang di puncak bukit itu, tebas,  air telaga hampir kontang,   minta dikorekkan esok ya....."



Damak mengeluh berat, di medan aku panglima, di rumah aku.......








(sara balik ipoh esok, cuti. 4 bulan. barang sesiapa yang memerlukan pekerja, roger roger la sara. ^.^)

21 comments:

Nasriq said...

ini kes susu dah jadi yogurt... hoho... dah tukar colour kulit... cantik...

Wafiy Suzly said...

kain di jemuran jgn lupa angkat, hehee

THE LEKAT LEKIT STORY said...

SETIAP MANUSIA ADA KEKUATAN & KELEMAHANNYA..
TERKINI : LAGI ISU BLOGGER MAKI HAMUN DALAM BLOG

Jo Qusary said...

jgn lupa cat dinding rumah sekali tau... nak cat corak teddy bear mcm blog gak, hehehe

KHRLHSYM said...

dirumah dia panglima suri rumah. haha

fz said...

kenapa susu tepung?kenapa susu lembu? kenapa bukan susu kuda?ataupun susu getah?kenapa?kenapa?kenapa?


ok.bai...hehehe

Mutiara Bernilai said...

ehe.

bagus. lelaki mcm ni kita nak.

aha.


ok,tc sara. jgn lupa update neh.

Afida Anuar said...

tu kena berletiaq dengan bini ke..dengan mak? he he..

selamat bercuti sara...syoknya...bercuti lamaa...

ghost writer said...

apalah salahnya setelah habis bertempur kali ini mengerah tenaga untuk membantu orang rumah...di medan pertempuran dia pahlawan terbilang,di rumah dia adalah hulubalang...huh

selamat balik ipoh.orang taiping jangan lupa.

Republic Aku said...

hehe...yg kulit hitam tukar putih yang putih tukar hitam....

JIJI YU said...

damak oit pejuang sejati takkan pernah mengeluh..

Sca Ndx said...

hehhe,muka garang ngaumm

ummi said...

damak tu lupa ada tanggungjawab lagi besar kat umah..hehehe

prinCe arCher said...

dalam hati ada taman...hakhak...selamat bercuti=D

mykhalis said...

kalau khalis jadi damak serius pergi lawan orang lain pulak..tak larat arr balik rumah rumah kene leter jee

gedek! said...

huh?

Tak paham....

delarocha said...

damak oh damak...

betty said...

selamat dalam journey kamu

maaf..aku tak bisa blogwalking sangat..tapi aku hadir disini untuk lmbai tangan tanda aku ada ;)

Encik Psychopath said...

tetap berperang juga.

april said...

di rumah dia pun perlu berkhidmat.
cuma jenisnya saja berbeza...


selamat bercuti sara :)

zoul zombie said...

ini panglima ibu. Berbakti pada keluarga. haha