Angkuhlah si miskin pabila diberi peluang memegang tahtah, gembira nya bukan kepalang, habis segala kekayaan yang diberi digunakan untuk bersuka ria, hidup ini singkat katanya, haruslah menikmati segala rezeki dan anugerah yang diberi, ialah kelak pabila dicabut nyawa, mana mungkin dapat bersuka ria di dunia.
Namun biasalah, seperti kisah - kisah lain, bahagia hanya seketika. si miskin ditimpa malang, dijangkiti satu penyakit aneh, kaki nya membengkak , semakin hari semakin membesar, membesar hingga sebesar kaki gajah. lebih menyedihkan pabila kaki tersebut mula mengeluarkan cecair busuk dari bisul bisul di kakinya itu.
Maka bermulalah detik hitam dalam hidup si miskin, si isteri yang dulunya berjanji sehidup semati melarikan diri dengan perdana menteri ,sedihnya si miskin bukan kepalang, sudahlah ditimpa penyakit aneh, isteri pula lari bersama orang kanan kepercayaannya. rakyat jelata pula mula hilang kepercayaan pada sang miskin dan mula berpindah ke negeri seberang.
tinggalkan si miskin seorang diri, meratap kesedihan, bermuram duka dek masalah dan dugaan yang ditimpa bertubi tubi tanpa diduga,...
....................bersambung
9 comments:
kawan senang mudah dicari..kawan payah mmg susah nak cari kan
Simiskin yg lupa Illahi nya...
Tindakan Si isteri bukannya menjauhi syurga, ttpi menghampiri neraka. Itulah fitrah, janji mudah shj dimungkiri bila kesusahan menghimpit diri.
gi buat thesis!!
intan. gaya penulisan kau hebat.
alangkah sedihnya kalau dapat hdup camtu. bersyukurlah dgn nikmatNya.. cepat sambung!
next...
sila sambung!!!!=D
menanti kisah selanjutnya...
Post a Comment