Jauh di sudut sana kelihat seorang anak kecil dalam lingkungan tujuh tahun menangis teresak esak sambil memegang kereta mainannya yang telah tercabut rodanya, dan tidak jauh dari situ sekumpulan anak-anak kecil dalam lingkungan umur yang sama sedang bersorak keriangan dan bergelak ketawa. Seorang wanita yang prihatin mendekati anak kecil yang sedang menangis itu, di bisikkan pada anak kecil itu bahawa janganlah menagis lagi, tiada apa yang perlu ditangiskan itu hanyalah sebuah kereta mainan, wanita itu berjanji akan menggantikan dengan kereta mainan yang lebih baharu, yang lebih canggih dan cantik. Anak itu menggelengkan kepala , sambil berkata dalam esak tangis " Kereta mainan ini di hadiahkan oleh arwah ibuku tiga tahun lepas, dan itulah hadiah pertama yang aku peroleh , tidak akan ada yang dapat menggantikan kereta mainan yang rosak ini."
.........................................................................................................................................................
Mungkin perkara yang disangka kecil bagi kita itu adalah perkara yang paling penting dalam hidup mereka.
Mungkin barang yang kita lihat lusuh itu, merupakan barang yang paling berharga bagi mereka.
Kadang kita melihat orang menangis atas sebab yang kita rasa remeh tetapi sebenarnya ada sebab yang lebih besar yang menyebabkan mereka begitu sedih.
Kita tidak mampu menjangka dalam setiap peristiwa itu sebenarnya punya kisah yang lebih berat yang tidak kita ketahui.
Mereka sengaja membiarkan kita memarahi diri mereka dan menggelarkan mereka bodoh kerana bersedih atas perkara yang mudah, tetapi sebenarnya ada perkara yang lebih besar ditanggung oleh mereka yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa.
9 comments:
elakkan pamer kesedihan di hadapan orang lain. itu cara paling bagus kalau tidak mau diadili oleh yang lain.
sebab itu kita perlu jaga perlakuan dn tutur kata, kerana takut mengguris hati orang lain.
walaupun kadangkala dianggap kecil pada kita, tetapi tidak semestinya orang lain.
kunjungan perdana..
blog dan tutornya sangat menarik gan..
oy jika berkenan saya ingin mengajak agan untuk saling follow.
Hidup penuh dengan yang tersirat.
curhat ma aku aja yaa...
ayuh masuk ke dalam. :)
*peluk*
aku rasa dah 2 3 kali aku follow tapi tetiba hilang.haishh
nice entry. =)
baru follow. follow me back :)
http://noorfatinie.blogspot.com/
lama tak melawat sini :)
Post a Comment