Thursday, December 17, 2009

masa yang berlalu

Salam sejahtera, Salam ukhwah.

tahun 1430 hijrah telah berlalu.
bertandang pula tahun 1431 hijrah,

Awal muharam merupakan permulaan takwim Islam.
Ianya disambut semperna penghijrahan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekah ke kota Madinah..

Hijrah : penghijrahan dari yang buruk ke sesuatu yang lebih baik
            dari yang gagal ke berjaya
            dari yang malas solat ke rajin solat
            dari yang suka mencaci ke suka menasihati
            dari yang gemuk ke kurus ( ^,^)


Sara sertakan doa akhir tahun dan doa awal tahun.

DOA AKHIR TAHUN

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. 
Wahai Tuhanku, apa yang hamba perbuat sepanjang tahun ini berupa perbuatan perbuatan yang Paduka larang hamba melakukannya, 
sedangkan hamba belum bertaubat dari padanya dan Engkau tidak meridhainya dan tidak melupakannya, 
dan Engkaupun telah menyayangi hamba setelah Engkau pun kuasa untuk menyiksa hamba, kemudian Engkau menyeru hamba untuk bertaubat setelah hamba bermaksiat kepada Engkau. 
Karena itu, hamba mohon ampunan dari Engkau, maka ampunilah hamba dengan Anugerah-Mu. 
Dan apa yang telah hamba kerjakan ditahun ini adalah berupa perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala atasnya, 
Hamba mohon pada-Mu wahai Tuhanku, Dzat Yang Maha Mulia, yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, agar Engkau terima amalan hamba dan jangan hendaknya Engkau putuskan harapan hamba dari-Mu, wahai Dzat Yang Maha Mulia. 
Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."


DOA AWAL TAHUN

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau.
Wahai Tuhanku, Engkau adalah Dzat Yang Maha Kekal, dahulu dan Awal.
 Hanya dengan anugrah dan kemurahan-Mu yang agung, telah datang tahun baru. 
Di tahun ini kami memohon pemeliharaan-Mu dari Syetan, kekasihnya dan balatentaranya, dan kami memohon pertolongan-Mu atas hawa nafsu yang mengajak kepada kejelekan, 
dan kami memohon kesibukan dengan perbuatan yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan.
 Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."











with ♥
intan maisarah mohd helmi

2 comments:

Eyriqazz said...

Terimakasih.

http://eyriqazz.blogspot.com/

Farhah Izwani said...

Moga tahun baru ini memberikan kita kekuatan untuk kita capai apa yang diimpikan...