Wednesday, February 23, 2011

bingung

aku bingung

aku hairan dengan manusia
suka benar menyalahkan sesama manusia

aku hairan dengan manusia
suka benar berperangsaka buruk sesama manusia

aku hairan dengan manusia
suka benar membenci sesama manusia

aku hairan dengan manusia
suka benar mencaci sesama manusia

pabila ku diam
dikata ku keras hati

pabila ku berkata
dikata ku busuk hati

pabila ku berzikir
dikata ku menjampi serapah

pabila ku berdoa untuk saudara di alam barzah
dikata ku berdoa bukan bukan

aku hairan dengan manusia
aku pelik dengan manusia
aku bingung dengan manusia

biarlah,
Tuhan kan ada
Tuhan lebih mengetahui diriku
Tuhan lebih mengerti isi hatiku
hidupku ini demi persediaan di alam kekal
biar apa orang cerca maki
yang pasti,aku bukan begitu
aku punya Tuhan yang mengerti

16 comments:

Bunga said...

sbb Allah ciptakan manusia dengan berbagai ragam..baru ada pelbagai penalaman..

niesz said...

manusia ni mcm2 ragam..susah nk fhm kadang2..

faiz said...

susah nak faham org berfikir...penuh dgn prasangka...

sekamar rindu said...

salam...

semoga tabah.....*folo ur blog

Lulu Caldina said...

yakin dengan diri...itu yg paling penting

kechixx said...

manusia ada macam macam..mungkin hari nie kita jumpa yang elok..esok esok jumpa yang teruk teruk..lusa lusa jumpa yang memang dah teruk..asalkan kita tetap kita..dan hny Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kita..;)

Anonymous said...

manusia ada macam-macam, rambut sama itam, tp hati wallauhalam...

HEROICzero said...

Dia lebih kenal kita-kita ni. Alhamdulillah =)

Cik Aien said...

manusia ade ragam..
manusia ade kerenah..

manusia dan manusia susah memahami antra 1 sama lain..

cuma 1, asal kite tetap dari tanah yg sama..

Mentadak Mentadu said...

manusia memang begitu =.=

muhdzahari said...

manusia memang sukar difahami.
walaupun sudah lama mengenali seorang manusia itu, tiada jaminan untuk kita sudah memahaminya.

kerana manusia berubah.

err..tak lari topik, harap-harap. hehe.

Anonymous said...

itulah manusia..walaupun mempunyai akal tapi masih tidak bole berfikir..

Unknown said...

kuat.gogo.

Miss Pija said...

betul tu...Allah lebih mengetahui apa yang berlaku...hanya Dia yang kita perlu dahulukan...

Solihin Zubir said...

lumrah manusia..
suka berprasangka buruk..

ewanthology said...

manusia lahir dalam kepelbagaian,