Tuesday, March 15, 2011

.kesan.

.personal.


kau tahu?
kesan itu masih dalam
bekas itu masih perit
kadang kadang ia semakin membengkak.


kau tahu?
aku masih berlawan dengan hati.


kau tahu?
aku sering berdoa agar kau nyah dari mimpi aku.
tapi kau tetap kunjung tiba


kau tahu?
sebolehnya aku mahu lari
mahu terbang
mahu pergi 
aku mahu pergi dari semua yang berkait dengan kamu.


kau tahu?
kata-kata kelat, pahit mu masih tersemat dalam kotak minda ku
aku benci diri aku yang kadang kadang sakit bila terlintas kenangan dulu


memang namaku sudah lesap dalam hidupmu,
memang kisahku sudah kau buang jauh-jauh di lautan biru,
aku tahu, kau mahu aku pergi jauh dari mu,
aku tahu, kau menyesal mengenali aku.


mungkin itu takdir aku
takdir aku hidup sendiri
hidup sendiri tanpa sahabat sejati

aku sendiri
tanpa yang memahami

(Tuhan,Keluarga,Rasul.Kitab. juga setia disisi)


22 comments:

kakfawie said...

i understand.. love u sara..

HEROICzero said...

dan jangan sesekali kau lepaskan yang empat itu.

faham?

Monster Globalisasi said...

kadang2 kesan parut kekal itu mengingatkan kita pada seribu kenangan dan jadikan kita tauladan dan sempadan..

sastraboy said...

betul kata hero,

faham?

haha

ghost writer said...

manusia tidak pernah berada jauh dari rasa kecewa yang sentiasa mengejar detik2 hidup kita tanpa henti..

Nasriq said...

tanpa ada yang memahami...

atau tak perlu sesiapa yang memahami?

JIJI YU said...

kekadang kalo gune formula forgive and forget menjadik jugak..

wasabi.senpai said...

*angguk faham

izzad b* said...

be strong :)

KHRLHSYM said...

tahu dan mungkin terlupa.

Afida Anuar said...

hanya kita yg memahami kita...biarlah dia..

faiz said...

jgn sampai kenangan lama mempengaruhi hidup kite..

bujal X said...

jangan rasa terlalu jatuh.

senyum~

cik ain said...

manusia datang dan pergi..
Tapi Allah tetap di sisi slamanya..

^_^

ARJUNA.Inc said...

hurmm..agk sdey gak la..sbar k..sume yg tjdi ade hkmahnye..be strong~~

skandaLdariLangit said...

mimpikan ska :D

Catherine- said...

menjerit lah semahu mu sayang...

moga lepas ni kita dapat yang baik baik saja...

Mentadak Mentadu said...

senyum saat terluka derita.. adalah tanda ketabahan~

+akufobia+ said...

bye.

Fadzli Amir said...

Itulah..itulah yg tuhan ajarkan kesederhanaan dalam setiap perlakuan...kalau terlalu mnyayangi takut nanti membenci...kalau terlalu membenci nanti akan menyayangi...

KUREKURE COMEL said...

hhmmm...teruskan perjuangan sbg makhluk tuhan...

Cikya said...

kamu pergi kenangan mari
parut itu berdarah lagi
kisah lama pandanglah sepi
angkat harga mencari makna diri
itu semua duniawi
tak pantas hilang walau dikaburi

bahagia kau cari...
ku iring doa tiap langkah meniti..

:)

jangan sedih-sedih naa sarah ... ^^