Saturday, May 28, 2011

.tolong.

Antara malam dan siang,

kalian pilih yang mana?
....................................................................................................................................................................

MALAM?



malam yang gelap,
tetapi berseri dengan kehadiran cahaya bintang.
malam yang gelap,
tetapi bercahaya dengan kehadiran bulan.
(walau sang bulan meminjam cahaya dari sang matahari)
malam yang gelap,
tetapi nyaman.
malam yang gelap dan sunyi.
malam = gelap + berseri + nyaman + suram



SIANG ?





siang yang terang,
dan memberi harapan menggunung setiap kali dia tiba.
siang yang berwarna - warni,
dan kadang kadang melahirkan bahang yang amat sakit.
siang yang bercahaya,
dan membuatkan leka dengan cahaya lontaran Sang matahari.
siang = terang + harapan + warna-warni + bahang

.............................................................................................................................................................

dua - dua punya baiknya
dua - dua punya buruknya.
dua - dua saling memerlukan. =D

............................................................................................................................................................
. belum punya "hati" untuk bercerita perihal bunga.

.buat kamu, terima kasih kerana rajin melawat ke rumah putih lapang aku.
.jangan pernah serik untuk ke sana.

27 comments:

Ichsan Afriadi said...

Malam , karena kita bisa merasakan ketenangan .. karena malam itu romantis ^^

habsahharun said...

tak nak pilih lah..

kisah bunga pun tak jawab lagi..

kehkehkeh.

Pocket said...

malam,
sebab pocket suka tido,
susah nak tido siang,
panas n kalau orang tgk,
orang kater 'malasnyer mamat ni!'

A.s.t.i.n.a said...

dijemput hadir seantero blog nikah saya kat kuching 11 Jun... permintaan rasmi: sila klik attend walau sekiranya not attending demi kebahagiaan yang abadi... herher baiklah...


http://www.facebook.com/home.php#!/event.php?eid=212267882139695

ghost said...

malamku adalah siangku

siangku adalah malamku..

dan antara keduanya..aku mengintai dari celah gebar.

dan sekuntum bunga gugur di kelopak mataku...membuatkan aku terlena dan terlupa bertanya siapa pemiliknya.

Unknown said...

aku nak mendung

Khaisya said...

malam..kerana malam seluruh masanya hanya utk aku..hanya aku.. aummmmmmmmmmmm

Dale said...

malam dan siang harus bersatu padu sepatutnya.

sahidzan said...

bila aku menjadi malam, aku harap kau dapat menjadi siang ku.

Unknown said...

malam yang gelab kini sudah terang~

Anonymous said...

ku sangka siang..sampai ke petang..rupa2nya..hujang di tengah hari

HEROICzero said...

kalau memilih itu semudah kata. =)

Anonymous said...

aku suka siang2 yg mendung
tenang dan nyaman ja

malam2 yg sejuk pun suka
sedap ja nak tido

Mashe said...

perbezaan keduanya, tp boleh bersama... nice!

Cik Aien said...

ada siang, ada malam :)
adil dalam hidup.

PenjuruKosong said...

siang..

betty said...

malam adalah saat aku menatap ke langit dan mengharap kau melihat rembulan yang sama
malam adalah saat2 aku mencari sisa sisa senja barangkali senyum kau tertinggal disana
malam adalah saat aku berdoa moga aku juga mmpu bahagia
aku cinta pada malam sepertimana aku cinta pada siang
kerana kau.


senyumlah.kita saling melengkapi

Afida Anuar said...

Kalau pilih dua2 aci dak?

Pembunuh Tanpa Bayang said...

aku tamak aku mahukan kedua-duanya.
tapi aku lebih mencintai malam karena aku bisa bermimpi indah tanpa gangguan.dan aku akan sedih takala hari siang datang menyapa.

tapi sebentarnya saja aku ceria semula bila sang mentari menghadiahkan aku warna gemilangnya.

shameel Iskandar said...

Dua-duannya perlu dimanfaatkan utk mengapai redha Tuhan.

uncle gedek said...

suka time twlight...!

James Alexander said...

Adanya siang dan adanya malam,
berbeza sifatnya,
berbeza baik dan buruknya bagi manusia,
tapi bukan untuk dibeza-beza ciptaannya,
kerana hanya hati yg tulus akan memahami,
keindahan kedua-duanya...

Anonymous said...

malam dan siang. indah keduanya. bukan?

ghost said...

berapa lama mau menanti 'hati'?

intan.maisarah said...

terima kasih atas jawapan yang diberikan.
ya, siang dan malam masing-masing memerlukan antara satu dan lain
tanpa malam
tiada siang
tiada siang tiada lah malam


hidup juga begitu
kita tidak boleh hidup seorang diri
kita perlu sokongan dari keluarga terutamanya dan rakan-rakan.
dan yang paling utama,
cubalah,
untuk mencapai sokongan dari Tuhan yang Maha Esa. :)

intan.maisarah said...

ghost : aku tidak menanti "hati". :)

Balqis Riza said...

i prefer night..tp kalau siang takde, tak hidup gak kan..hhihi