. Mata terlirik pada skrin telepon bimbit , kosong.. Tiada panggilan baru, tiada pesanan baru . Bibir Delima mengukir senyuman hambar, lantas di picit punat merah di telefon bimbitnya dan serta - merta skrin yang tadinya bercahaya menjadi gelap.
Mata Delima tersorot di jendela, di letakkan kerusi putih di tepi jendela, lantas dengan berhati-hati Delima memanjat kerusi, melangkah keluar dari jendela.
Kini Delima berada di atas atap,berdiri, kedua-dua tangan nya di depakan, terasa hembusan angin membelai - belai rambut kerentingnya, mata nya di pejam, ada cecair jernih mengalir dari mata nya.
Delima, diam, di aturkan gerakkan kaki nya melangkah dengan perlahan.
"Kamu sudah gila Delima? kamu mahu bunuh diri??!" ,
sergah suara halus datang dari hati kecil Delima .
Delima tidak menjawab, malah tersenyum lebar, dan air matanya kian mengalir laju.
"Ingat keluargamu Delima.!!",
suara itu datang kembali.
"Keluarga? cukuplah, aku sudah puas memberi beban kepada keluarga ku.. tiada apa yang dapat ku berikan kepada mereka..aku cuma beban bagi mereka..",
jerit Delima
.............................................................................................................................................
"Ingat kawan-kawanmu Delima!!" ,
suara halus itu masih mahu memujuk..
"Kawan-kawan??? mereka cuma datang bila aku senang, bila aku susah..aku di tinggalkan sendiri.... aku cuma ada kawan di alam maya yang setia, tetapi bukan di alam realiti,,mereka semua pendusta!!",
semakin bergema jeritan Delima.
..............................................................................................................................................................
"Bagaimana dengan kekasihmu Delima? ".,
semakin sayu suara halus itu..
"Huh.. aku sudah serik , mereka bukan mencintai ku dengan ikhlas, mereka hanya mahu memuaskan nafsu mereka, mereka tidak pernah menjaga hati aku. Tolong jangan halang aku. biar aku terbang..",
semakin serak suara Delima , diiukuti dengan senyuman sinis di bibir.
................................................................................................................................................................
"Delima..ingat lah Tuhan. Tuhan yang Maha Esa ..." ,
kali ini, suara halus itu kian lantang, nyaring..
Terdengar guruh di langit, diikuti dengan titisan hujan yang turun melimpah limpah...
Mata Delima masih terpejam. kepala nya mendongak ke langit, air mata nya kian laju mengalir dan sebati dengan titisan hujan..
"Jangan risau wahai hati kecilku, aku masih waras, tidak mungkin aku mahu mengorbankan diriku..
mungkin jasad ku bernyawa, tetapi jiwa aku semakin nazak.." ,
perlahan Delima menuturkan kata-kata ...
..................................................................................................................................................................Disebalik hujan yang semakin lebat, sayup - sayup kedengaran suara Azan..
"aaaaah, sudah magrib..", bisik Delima tersenyum..
Delima melangkah masuk ke kamar, membersihkan diri, menyiapkan jiwa dan jasad untuk bertemu Yang Maha Esa.. Merawat jiwa yang kian KOSONG.
28 comments:
jgn berani-berani mahu bunuh diri wahai delima.
Tak senang nak bunuh diri. Dah kalau bukan tercatat ajal kat situ. Buat naya diri je.
Terus mati takpe, kalau lumpuh, koma.
Bukan sokong bunuh diri, tak berbaloi.. Kan?
ingt mereka yang masih lagi menyintai kamu
akhir nya tersedar
=')
andai 'terbang' boleh meleraikan segala kekusutan, pasti aku juga turut 'terbang bersama...
tetapi ia bukanlah jalan penyelesaian. hanya mungkin menambah kekalutan...
Delimaa.....
Manusia, akan tinggalkan kita..tapi Allah takkan sesekali tinggalkan kita walaupun kita selalu meninggalkan Dia..
jiwa yang waras tahu apa yang harus dilakukannya...
mujur delima masih ingat tuhan.biar takde orang yang sayang kita, tapi tuhan kan ada =)
tiada yg difikirkan beban dlm keluarga..
juga x utk keluarga delima..
hati yg kosong..
isikan saja dengan senyuman..
senyuman mereka sekeliling..
yg bersama berjalan..
dari kamu mula bertatih lagi..
jgn sampai mereka tangisi..
perbuatan "bodoh" kita sendiri..
delima mimpi eh?? er sat nie cerpen eh =.=
penamat yang cantik sarah.
huh,
nasib baik..
berdebor-debor aku baca.
jangan bunuh diri Delima.
kupas, pastu makan sedap jugak.
kahkahkah.
terus kan hidup walau macam mana rasa kecewa ...
hidup must go on....
jangan bunuh diri ok...
terasa nak ..xpe,tp jgn buat !!
jiwa yg kosong harus diisi
delima hanya membunuh hatinya sendiri bukan..
i ddnt txt delima. txted intan maisarah.
gua tak phm...
bukan itu semua hak kita ada masa ada ketika harus redha dengan semua perancangannya...kita cuma siapa?
Jangan di sesalkan apa jua yang datang melanda kerana semua telah terencana sebegitu lama cuma adakah kita rela menerimannya.
jangan!!!
hehe
Ya Rabbi itu masih ada masih berada di sisi kita di saat dan ketika di masa kita memerlukannya atau tidak.
sesaat pun tidak pernah Dia meninggalkan kita.sungguh dia masih sayang pada kita,asal saja kita mahu tunduk sujud dan mengadu kepadaNya...
moga dihantarkan 'seseorang' untuk merawat hatinya.
kenapalah si delima ni..
kosong... susah untuk di rawat..
Dia merenung mu dari sana..
semoga kita sentiasa dilindungi..:)
bunuh jiwa
pengharapan kepada Tuhan. itu jangan sesekali musnah.
berbalik lah kpd allah delima...dia kan ada
serius , suka dgn entri ni .
Innallaha ma'ana .
DIA tak pernah tinggalkan kita sesaat walau kadangkala ada antara kita yah bertahun meninggalkanNYA
<---- takut mati
Post a Comment