Tuesday, June 28, 2011
.nyawa ke garis noktah.
.hidup ini penuh dengan kejutan
mungkin seketika kita kelihatan berduka,
dan dengan sekelip mata bertukar bahagia.
dari ketawa,
bertukar hiba
dari susah
bertukar senang
dari lapang
bertukar sempit
dan
dari bernyawa
menjadi kaku
itulah hidup, ibarat roda yang tak jemu berputar hingga satu ketika roda nya akan hilang kudratnya dan akan berhenti.
...........................................................................................................................................................
takziah buat mu
kerana baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta
kamu seharusnya tenang dan tabah
kerana kamu sentiasa berada disisi arwah ketika arwah sakit.
kamu lah yang sentiasa bersusah payah menghantar arwah kesana- kemari untuk berubat.
.tiada panggilan, tiada sms, tiada "wall post" yang dapat ku kirimkan,
kerana aku jadi kaku bila berhadapan dengan situasi begini.
hanya doa dan bacaan ayat suci yang dapat aku kirimkan dari jauh.
dan aku tahu, kamu tak mungkin ke sini.
..semoga kamu baik-baik saja sayang,
..aku sayang kamu..
.................................................................................................................................
.semakin takut dengan gerak hati sendiri yang selalu tepat.
.selalu sangat jadi begini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
33 comments:
tiada yg kekal di dunia ini..
sabar sahaja~~salam takziah~
akan datang masa bilamana malaikat maut menjemput diri. kita yang masih wujud dibumi ini, muhasabah diri. perbanyak amal, ikhlaskan hati.
itulah kehidupan...
salam takziah...
gerak hati yang pelik yang jadi kenyataan ker Sara ?
sesungguhnya, perasaan bebukan tu mainan setan..
wallahua'lam terjadi kerana takdir atau kebetulan..
gerak hati.
kadang-kadang,
kita dah tahu,
tapi kita tamau accept,
lalu kita menidakkan rasa itu.
kuat ya.
mati itu pasti..
hidup , insyaAllah..
takziah..
setiap permulaan di sudahi dengan noktah..salam takziah
salam takziah utk dia & family ye...
Moga baik2 saja sayang..
takziah
hurm..kita yg masih hidup bakal menyambung apa yang tertinggal selepas noktah
doakan dari jauh...? mungkin kita tersilap... seseorg yang mampu dipandang dari jauh mungkin... ya kitapun harap dia baik2 sahaja... alfatihah buat mereka yg tiada...
Al-Fatihah....moga roh arwah ditempat bersama mereka2 yang soleh dan beriman..
bermadah ya. bernas kata2nya :)
al fatihah
interesting. gamba2 yg awk gne dlm blog ni sgt menarik
al-fatihah utk arwah
al-fatihah..
Salam Takziah..
Al-Fatihah..
bertuah punya gerak hati yang selalu tepat.
takziah buat teman tu
salam takziah
btul..bertuah sape yg ade gerak hati yg tpt
lepas ni giliran kita semua pulak ..kdg2 firasat sendiri tepat .. maybe itu satu petunjuk ..
takziah tapi life must goes on...
Assalamualaikum...
Memang begitu hidup kita..
Diaturkan Allah pelbagai..
Kemudian, akhirnya kembali kepada~Nya..
Semasa perjalan diingatkan berbekallah..
Taksiah buat sahabatmu..
semua org bakal merasakan.. ;((
takziah buat kawan kau
takziah jugak utk kawn kau..=D
semoga dy tabah~
innalillah..
al fatihah ..
moga rohnya tenang di sana... amin...
berputar putar..... hitam dan putih....... atas dan ke bawah.... akhirnya.... sendiri.....
takziah, masa kita, kita tidak tahu. :)
saat itu aku pernah rasa.
sara...
:(
menerima dengan pasrah..takdir tuhan tiada yang menyangkanya.
Post a Comment