Saturday, August 13, 2011

.sekarang.

Mula- mula keluarkan surat , tidak benarkan bacaan ayat- ayat suci al-quran sebelum masuknya waktu subuh, katanya mengganggu. Selepas ni apa pula?


ala..
nak heran apa,
bagus la macam tu
tak ada la mengganggu orang lain yang sedang lena diulit mimpi dek "bunyi-bunyi bising" itu.
lagi lena la tidur
kan?

ala,
betul la tu tindakkan tu
buat apa nak ambil peduli kan?


owh..
apa dia?
ini Negara Islam la buat apa nak kecoh
negara islam yang penuh dengan hiburan
ala... kene ikut arus permodenan kan


ooo


(angguk-angguk)

...........................................................................................................................................
sampai bila nak beralah?
sampai bila nak kalah?
sampai bila nak lemah?
sampai bila?

.pendapat kalian amat dialu-alukan. (saya baca dan hadam)

38 comments:

liyana said...

hmm..jgn pernah beralah

skandaLdariLangit said...

err kes ape ni? adoi teruknya ska. busy tak ingat dunia!

dill said...

di kawasan kejiranan saye masih terdengar alunan ayat2 suci Al-Quran. Alhamdulillah. moga dikekalkan sebegitu hendaknya.

banyak kelebihan. hati tenang. jiwa lega. tak yah kalut nak bangun subuh dah aih :)

dill.

Unknown said...

hurm..mmg takperlu mengalah ek..mengalah pada kebatilan itu mmg tak perlu..

weh skan ckp muka budak kat entry kitu aku cam ko..

Robot | Sakti said...

dont give up.

percaya kepada diri dan doalah pada Illahi :)

lavender harum wangi said...

erk, aku tinggal kat kampung so majority of us are muslim.

btw, fight for ur right.

ORLANDO AHMAD said...

hmm maybe isu ni direlatedkan dengan larangan baca Quran dengan kuat ketika orang solat, dan utk imam2 juga tak digalakkan baca zikir lepas solat kuat2 supaya tak ganggu makmum yg masih solat kerana masbuk...

Gua harap sangat mende ni dibahaskan secara ilmiah bukan atas dasar emosi atau politik.

hmm pendapat Gua aje ni, sebab Gua ni anti politik jadi Gua cakap dari segi keagamaan aje la.

ORLANDO AHMAD said...

owh, setuju ngan komen dill

NasQ said...

erm... ni la akibat agama pun dipolitikkan... habis tergadai semua...

Unknown said...

terkilan


ntah pape dh pemerintahan skg
xpaham

Ain Zulaikha said...

kalau takde ayat al-quran tu di perdengarkan tentu kita tak kan dengar langsung...
lagi pun bagus kot , sampai boleh hafal budak2 kecik tu dengar..

catherine- said...

negaraku~
tanah tumpahnya darahku
rakyat hidup
bersatu dan maju

bersatu dan maju??

PenjuruKosong said...

sapa kata ganggu??
dia islam??

melayu dah terlebih byk terima hiburan~

fz said...

Dr. Asri- apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan dan “selain itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain.”

intan.maisarah said...

terima kasil fz atas penjelasan.
terima kasih juga pada semua

mungkin kita perlu menghormati dengan masyarakat sekeliling barangkali
masyarakat yang mempunyai berbilang agama dan bangsa.

:)
entry ini punya dua maksud sebenarnya

hihi

mengenai sedihnya diri melihat negara yang dilabelkan sebagai negara islam tetapi hanya atas nama.

ORLANDO AHMAD said...

kat berita harian ade kenyataan dari prof abdul syukur, pengerusi majlis fatwa kebangsaan, gua setuju sangat ngan kenyataan die...

James Alexander said...

Everything happens for a reason...

but whether to know if its for the goodness of mankind or not, you decide yourself...

monologtinism said...

betul. seharapnya ia dibahaskan secara ilmiah bukan atas dasar emosi atau politik.

lagi pula sudah terang lagi bersuluh.
kata negara Islam.

Asyila Zainuddin said...

dahsyatnye.. kat kawasan kite, sebelah surau tu rumah cina. tapi die tak komplen pun.. siap die kate azan subuh tu bagus sbb anak die senang bangun.. :)

fawie said...

cara dakwah yang terbaik adalah dengan diplomasi dan mempamerkan akhlak yang baik.. berbuat baik dengan semua orang.. berkasih sayang kn? Rasulullah saw seorang yang sangat berdiplomasi dan sangat baik terhadap semua orang termasuk orang2 yang kafir..

bila dah takde alunan dari masjid kuat2 smpai ke rumah, mungkin akan menambahkan rasa rindu untuk mengaji sendiri.. atau mungkin orang lebih rajin ke masjid untuk mengaji bersama2.. wallahua'lam.. bila dah takde depan mata, baru appriciate kn.. mengaji alquran bukan tugas org2 masjid/surau shj.. tugas setiap muslim.. there's always a greener side to everything insyaAllah..

setahu saya, zaman Rasulullah hanya azan yang dlaungkan secara kuat dengan fungsi memanggil orang ke masjid. bila ada speaker nowadays, org pakai untuk berbagai fungsi.. tp setiap tindakan ada baik buruknya.. wallahua'lam.. itu pendapat saya..

*hui kfawi komen, first time kah?

erysweetie said...

memula dgr berita ni pun rase mcm tak patut tak dgrkan bacaan ayt quran sebelum subuh..tp lepas baca dari banyak pihak, dan ape yg rasulullah pernah pesan, ade betulnya untuk difatwakan sebegitu.

yng penting, isu ini usah dipolitikkan.

Rean said...

pendapat saya pula mudah je, kita ambil logik..benda baik harus diteruskan..masyarakat Islam malaysia ni mmg byk cabarannya kerana kita hidup berbilang agama.. kalau diikutkan hati kita memang perlu teruskan bacaan waktu subuh tu..ia takde masalah kalau penduduk semuannya beragama Islam..

jgn terus mengalah, kalau boleh buat satu pembicangan menjelaskan kpd mereka,ini lah kesempatannya utk berdakwah :)

fz said...

*lupa nk mention, komen yg atas tu sy amik dari artikel ni- http://drmaza.com/home/?p=1546

penjajah minda said...

yang aku tahu, kalau kita nak membaca al quran, tidak boleh terlampau kuat hingga mengganggu jiran sebelah menyebelah.baca sekadar dengat telinga kita.bila terlampau kuat dan mengganggu jiran, kita berdosa.betulkan kalau aku salah.

devilz said...

malaysia bukan negara islam...

belogkiter said...

Jangan Mengalah kalau libatkan agama

HEROICzero said...

apa yang aku faham , begini .

macam apa yang fz kata , mengikut tulisan Dr Asri , hanya azan sahaja perlu dikuatkan . bukan bacaan alquran atau zikir .

ambil contoh , di kawasan kejiranan yang punya masyarakat berbilang kaum , budaya , agama . selalu nya , setengah jam atau satu jam sebelum azan subuh , pihak surau / masjid akan memasang rakaman kaset/cd bacaan ayatQuran dan zikir melalui pembesar suara .

kita2 yang muslim , tak apa . bagaimana dengan yang bukan muslim ? mereka akan rasa terganggu , dan mula membenci surau / masjid .

jika kita kata mahu berdakwah atau menyebarkan islam sekali pun , jika mereka rasa terganggu , kan sudah salah konsep nya ?

Islam itu aman .

dan perkara ini akan buat orang bukan islam , akan keliru yang mana satu azan .

few months back , ada seorang cina yang mengadu , mahu azan dihentikan terus dari pembesar suara . kita yang muslim2 ni , mula melatah . rupa2 nya , maksud dia bukan azan , tapi bacaan Quran sebelum azan .

Nampak ? mereka sendiri sudah keliru . bila jadi macam tu , apa tinggal pada kita ? kebencian penganut agama lain .

dan isu ini harus dilihat dari segi agama dan kesejahteraan masyarakat , bukan politik .

=)

ewanthology said...

*read and consider*

benda ni berlaku di Penang kan?
well, its just the beginning. many more will comes.

hanaahmad said...

kuatkan perjuangan Islam. ini negara Islam, takkan nak tunduk pada?

emmm........

Abd Razak said...

Ya, bila kita memperjuangkan kebenaran asyik salah...tapi yang rasuah besar-besaran tak pernah ambil tahu, kilang arak makin besar lak tu..

Asrul "iLham" Sany said...

kalau sudah emo dan 'bodoh' bahaya kann

;D

fz said...

komen HEROICzero tu bertepatan dgn apa yg sy nk ckp..tp xreti nk terangkan..=.="

si para para said...

apa apa pun perkara, kita kembali pada sumber rujukan kita..al quran dan sunnah itu sendiri..

kita baca al quran hari hari..tapi maksud? kita tak faham..tak hayati. kita buat ke tak apa yang ada kat dalam tu? apa yang di suruh.apa yang di larang..
ok, baca tu dah bagus,cuma tak sampai apa yang seharusnya kita buat..

sunnah... ada kita kaji..cari..dan prktik dalam hidup...

pasal ni, ada dalam hadis.. dan ada mufti dah jawab..

islam itu mudah.. tapi kenapa kita buat susah..
islam takkan menyusahkan umatnya dan umat lain...

semoga kita semua dapat jawapan di sebalik kekalutan yang di timbulkan.

pesanan untuk diri sendiri dan orang lain
:)

kalau ada salah tolong ekjas ye

.drakula. said...

aku setuju dengan komen HEROiczero...dengar tapi tidak difahami pun satu hal jugak...

ghost said...

aku mengetahui tentang hal nih ketika membaca kenyataan seorang veteran army dalam status fb dia.ternyata ia begitu mengujakan untuk aku tahu lebih lanjut.

itu suatu yang sangat menyakitkan dan sangat menyentuh pada keseluruhan umat islam di negara islam sendiri.terlalu banyak kelemahan dalam soal nih.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

adohai.. ne la akibat bile kafir menguasai orang islam... :(

Nightroad said...

ada benarnya fatwa trsbut, saya sokong, sdgkn dlm solat berjemaah sndr,makruh mmbc trlalu kuat hingga didengari bacaan kita oleh makmum yg lain...

bab ni org ramai tak usah terlalu emo,cbe renungkan umat islam hari ini, bila al quran dibakar mrk marah, tp kat umah , bpe kerat yg bce al quran stiap hari...

kita melaungkan malaysia ni negara islam, tp adakah suasana hari ni dpt menunjukkan malaysia ini benar2x negara islam, dn bagaiman non muslim benar2x dpt menghayati konsep negara islam trsbt, skiranya pmerintah skrg still melksanakan sistem penjajah yg mletakkan islam bagai di tepi tebing, bila2x masa akn rebah.

kes azan ni x kn jd isu politik skranya kerjaan pusat tak terlalu cepat mnghentam kerjaan negeri p.pinang, tnp menyelidiki dulu dr mna isu ini timbul.

=.=

A.s.t.i.n.a said...

Toksah hadam2 pendapat ini... Ia tidak akan mengenyangkan sampai bile3...

Kenyataannya... Kita tiada lagi kita... Menanti hilang ditelan waktu...