Tuesday, August 16, 2011

. L . 0 . v . E .

  "Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri sendiri "
(HR Hakim)





 Islam itu agama yang penuh dengan cinta, cinta pada Allah, cinta pada nabi dan rasul, cinta pada akidah, cinta pada makhluk , cinta pada segala-galanya.
Cinta itu indah, cinta itu mampu membawa kepada kebahagian ,cinta itu mampu mengukuhkan iman ,cinta itu mampu membawa ke jalan syurga.
Tak salah mahu ungkapkan cinta, tak salah bercinta jika kena pada niatnya, bukan berpaksikan pada cinta untuk kepentingan, bukan berpaksikan demi nafsu.
Sakitnya dengan melihat mereka yang dicintai derita, bahagianya melihat mereka yang dicintai gembira.
Semaikan lah cinta, ungkapkan rindu , sampaikan lah kasih pada mereka , jangan malu untuk meluahkan rasa hati.
Kita perlu ingat, rasa ini adalah anugerah dari Allah, dan Allah ada kuasanya sendiri untuk menarik balik rasa cinta yang ada dalam jiwa ini.
Tunjukkan rasa kasih dan cinta itu, sebelum rasa itu ditarik balik.



oh. disini, saya ingin sematkan kata - kata cinta dan kasih buat semua yang ada di sekeliling saya,
buat semua yang datang dalam hidup saya.
Terima kasih kalian.

Ingat, konsep cinta itu luas, bukan hanya pada kekasih berlainan jantina, tetapi pada semua . ^^



.................................................................................................................................
.membaca komen kalian di entry sebelumnya, dapat disimpulkan disini, seharusnya kita perlu mengkaji sesuatu perkara itu dengan menyeluruh, bukan hanya bertindak ikut emosi dan amarah. :)

38 comments:

CassiaSiamea said...

cinta mmg anugerah
perasaan pinjaman Dia
hidup tanpa rasa cinta akan mematikan diri sendiri
hidup tanpa tujuan..

mungkin ada yg cintakan nafsu..

Tukang Karut said...

yea... aku pun mencintai intan... huhu...

Anisa Hang Tuah said...

cinta indah
cuma
jgn salah pilih langkah

Bigdaddyz said...

cinta ialah magic!

James Alexander said...

biar rasa ku ini rasa mu ?

hehehe...

agree with you. love is the greatest gift from god...

JIJI YU said...

sebagai manusia aku cinta padamu

SYARIFF HAIKAL said...

cinta itu mmg anugerah..cuma manusia perlu cukup arif dgn makna dan pembawakannya..karna kdg kala ianya juga adalah satu ujian yg sukar jika slh pembawakan.

dill said...

sayang kamu.

kerna menjadi salah seorang sahabat saye. :)

dill.

penjajah minda said...

si ai en ti ea

shizuka said...

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. (Hamka )

:)

Sutera_suci said...

Intan ~ Cinta dan kasih sama kamu juga :)


Jiji, macam familiar je ayat tu..Bagaikan Puteri,RAM? hiks :p

maCy said...

cinta kamu juga. baru follow. tp follow sebagai bacaan sentiasa.

bloghok said...

NAH...http://www.youtube.com/watch?v=z-0vCwK5eEw

Titisan Hujan said...

cinta itu subjektif


*kembali kepada pemilik cinta

lavender harum wangi said...

Larasephia said...

cinta diri sendiri pastikan cukup.

kalau tak smpai bila pun tak berjaya nak mencintai yang lain.

mindproject said...

asyiknya cinta...

monologtinism said...

Cinta manusia..bermaksud ingin bersamanya diSyurga

jika betul cinta, lindungi mereka dari melakukan perkara2 yang murka.
jangan biarkan mereka sesat terkapai kapai tanpa hala.

delarocha said...

hidup kena ada cinta.

baru aman dan damai dunia ni.

sifu im said...

betul..bukan hanya cinta pada yg kacak dan cantik je

Niena Pengembara Ilahi said...

cintai Allah maka Allah akan mencintai kita.. :D

Rain said...

fitrahnya manusia berkasih dan menyayangi..

sayang itu menenangkan jiwa

belogkiter said...

cinta pada Allah jua yang kekall.. walaubagaimanapun akak pun sayang kamu

Encik Psychopath said...

selamat bercinta.

Encik Psychopath said...

selamat bercinta.

ORLANDO AHMAD said...

ketepikan emosi, itu nafsu dan kesukaan syaitan

Bidadari Syurga said...

ok akak suka entry nie.... tadi baru baca pasal nie dalam buku... yeahhhhhhhhhhhh....

Umie Artoqiemie said...

islam itu indah. memang benar =D

wa khairul onggon said...

Salam Intan.. terus ingat lagu Kalau Cinta - Aliff Aziz ft Joanna hehehe.. Jaga diri baik2 Intan.. :)

Mutiara Bernilai said...

indah kan islam?
best kan menjadi mukmin?
segalanya kita pandang dgn cinta.
even makcik2 cina yang mengadu akan bisingnya 'pembesar suara masjid' d subuh hari,, :)

islam itu aman dan selamat, aman dan selamat buat penganutnya dan juga buat yg bukan menganutnya..

kamu tahu kan, kite syg kamu sgt2 :)

Robot | Sakti said...

cinta yang bersih, jangan dicemari dengan hawa nafsu.

:)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

cinta pada allah adalah cinta yang teragung kn...

Asrul "iLham" Sany said...

cinta itu... buta... :D

ghost writer said...

aku terima cinta itu.

:)

Mia-Ina said...

cinta kan indah jk ada yg menghargai makna cinta

akoo pae said...

cinte tak buta.
haha ttbe~

Bidadari Syurga said...

ya ke? semoga arwah atok kamu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang soleh....

A.s.t.i.n.a said...

Cuma berbeza dari habit penggunaan kata cinta..

Oh suami saya, saya cinta anda tau..
Oh adik saya, saya cinta padamu...

Maka masayarakat pun keliru...