. memulakan kehidupan di daerah yang bukanlah asing bagi aku, bezanya cuma aku bersendiri, cuba bernafas dan hidup tanpa bergantungan (walaupun fulus-fulus ku tetap ditaja oleh bank FAMA). aku mengambil risiko memilih untuk berada sini sedangkan ada saja peluang yang terbuka untuk aku di samping keluarga. ibarat membaling dadu takdir .
syukur kerana kehidupan aku disini penuh dimulakan dengan senyuman, bertemu dengan sahabat sahabat baru yang saling menyenangkan dan memahami. ini tangga terakhirku sebelum aku ke puncak . aku perlu berusaha bersungguh-sungguh. aku sedar aku sebenarnya sudah silap memilih anak tangga sejak hari pertama aku mendaki anak tangga ni, namun apa kan daya.
aku percaya ada sesuatu yang menarik lagi indah yang telah di rencanakan oleh Sang Pencipta buat ku. walau aku sampai ke puncak bukan dengan pencapaian yang gemilang, namun bila di fikir segala rintangan yang aku tempuh sepanjang pendakian aku ke puncak, aku puas, dan aku bakal mendongak ke langit dengan senyuman ceria , lega.
.ini hanya contengan biasa, hanya luahan rasa.
15 comments:
Kerja kat pedalaman ker? Macam best jer...
jangan dirisaukan semua tuh.yang paling penting merasai pengalaman. aku rasa kau takkan selamanya kat situ.
juga sedang menuju ke arah itu~
smoga Allah permudahkan urusan kita~ =)
dah lama xsinggah sini
hi intan maisara :)
qada' qadar tuhan.
usaha taqwa mulia.
" aku percaya ada sesuatu yang menarik lagi indah yang telah di rencanakan oleh Sang Pencipta "
terima kasih atas peringatan ini, Sarah. :)
turun satu ank tangga!
aku juga dibentangkan jalan yang aku rasa taknak pada mulanya, tapi rupanya inilah yang kita mahu.
setiap sesuatu, mesti ada hikmahnya, teruskan hidup dengan rehda, teruskan usaha dengar sabar, inshallah bahagia :)
sangat setuju, adakala sesuatu yg kita rasaka kesilapan adalah yang terbaik buat kita (^_^)
pengalaman itu mahal, hargai selagi ada. :)
selamat berdikari
Pglmn gru tbaek
paling penting... pengalaman k
Post a Comment