Friday, February 24, 2012

anak tangga terakhir.

. memulakan kehidupan di daerah yang bukanlah asing bagi aku, bezanya cuma aku bersendiri, cuba bernafas dan hidup tanpa bergantungan (walaupun fulus-fulus ku tetap ditaja oleh bank FAMA). aku mengambil risiko memilih untuk berada sini sedangkan ada saja peluang yang terbuka untuk aku di samping keluarga. ibarat membaling dadu takdir .


syukur kerana kehidupan aku disini penuh dimulakan dengan senyuman, bertemu dengan sahabat sahabat baru yang saling menyenangkan dan memahami. ini tangga terakhirku sebelum aku ke puncak . aku perlu berusaha bersungguh-sungguh. aku sedar aku sebenarnya sudah silap memilih anak tangga sejak hari pertama aku mendaki anak tangga ni, namun apa kan daya.


 aku percaya ada sesuatu yang menarik lagi indah yang telah di rencanakan  oleh Sang Pencipta buat ku. walau aku sampai ke puncak bukan dengan pencapaian yang gemilang, namun bila di fikir segala rintangan yang aku tempuh sepanjang pendakian aku ke puncak, aku puas, dan aku bakal mendongak ke langit dengan senyuman ceria , lega.

.ini hanya contengan biasa, hanya luahan rasa.

15 comments:

AmirFX said...

Kerja kat pedalaman ker? Macam best jer...

ghost said...

jangan dirisaukan semua tuh.yang paling penting merasai pengalaman. aku rasa kau takkan selamanya kat situ.

~Sal Ismail~ said...

juga sedang menuju ke arah itu~
smoga Allah permudahkan urusan kita~ =)

fz said...

dah lama xsinggah sini


hi intan maisara :)

theRandomcraps said...

qada' qadar tuhan.

SYARIFF HAIKAL said...

usaha taqwa mulia.

Qiez AR said...

" aku percaya ada sesuatu yang menarik lagi indah yang telah di rencanakan oleh Sang Pencipta "

terima kasih atas peringatan ini, Sarah. :)

Dua Qurun said...

turun satu ank tangga!

AkuMuzikFilem said...

aku juga dibentangkan jalan yang aku rasa taknak pada mulanya, tapi rupanya inilah yang kita mahu.

hansuke said...

setiap sesuatu, mesti ada hikmahnya, teruskan hidup dengan rehda, teruskan usaha dengar sabar, inshallah bahagia :)

Nisah Idham said...

sangat setuju, adakala sesuatu yg kita rasaka kesilapan adalah yang terbaik buat kita (^_^)

hanaahmad said...

pengalaman itu mahal, hargai selagi ada. :)

ewanthology said...

selamat berdikari

Unknown said...

Pglmn gru tbaek

belogkiter said...

paling penting... pengalaman k