Wednesday, August 15, 2012

unik

Manusia ini unik. Pabila di beri sesuatu yang luar dari gapaian , dia akan bersungguh sungguh mengejar dan terus mengejar hingga berjaya mendakapnya. dan pabila sudah dapat didakap, tidak pula berusaha untuk menjaga , tidak pula cuba untuk terus terusan memastikan apa yang didakap itu terus kekal dalam dakapan.

Mengapa begitu? adakah mengejar dan memburu itu lebih mudah dari memelihara apa yang ada?

Dan akhirnya, akibat tidak mampu memelihara, manusia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan perkara yang dulunya dia inginkan.. tinggalkan begitu sahaja..Lalu datang satu momen kelam dalam diri, mula bersedih , berduka atas apa yang berlaku.

Jika berduka, mengapa lepaskan? mengapa tinggalkan? mengapa tidak terus memeluk dan mencapai bahagia?

Manusia, mengapa kalian sering menambahkan kerumitan dalam sesuatu perkara yang sudah jelas jelas terang bercahaya? Mengapa perlu menyakitkan jiwa sedang jalan untuk mendamaikan jiwa itu lebih lurus?

Manusia itu unik, mungkin keunikkan itu membuatkan manusialah yang diberi kepercayaan dan tangungjawab untuk mentadbir alam. Keunikkan manusia itulah yang membuatkan manusia itu terus berjaya hingga ke angkasa , keunikkan itulah yang membuatkan manusia itu mampu merosakkan bangsa dan alam.

8 comments:

alien said...

manusia itu tidak akan pernah puas dengan apa yg dia ada..

Asrul "iLham" Sany said...

manusia memang unik dengan persoalan2nya.. :D

ghost writer said...

memburu itu keghairahan, sedang memelihara itu tanggungjawab. manusia akan memilih sesuatu yang tidak membebankan dan lebih menyeronokan. itu hakikat.

Embun Melati said...

Jalan mendamaikan selalu ada..manusia memerlukan manusia lain untuk sama2 mentarbiyah..

Solat taubat dan istikharah jika merasa tersepit mahu melangkahkan kaki untuk membuat sesuatu keputusan atau tindakan..

Päk Läng said...

lumrah manusia bukan maksum, kan

LelakiSemalam said...

atau mungkin itu yang telah tertulis...

man said...

memelihara sebenarnya lebih susah..kita kena sabar untuk mendapatkan hasilnya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Rain said...

itulah adanya kesabaran untuk melihat ketahanan diri yang diuji dengan pelbagai kerenahnya manusia.