Friday, March 4, 2011

.mereka juga sahabat saya.

"eh, ko kenal ke minah rempit pakai kain tak cukup tu?"
"kenal, sahabat aku tu"

"eh, ko kenal ke si pengkid yang tak sedar diri tu"
"kenal, kawan aku"

"eh, ko kawan eh dengan minah yang suka tukar tukar bf tu "
"kenal, tu sahabat aku"

"eh, ko rapat dengan budak kaki clubbing tu"
"aaa,, ye la. rapat"


"eh, ko kamcing eh dengan mamat sotong gay tu"
"aah, kamcing!"

"eh, kenapa ko rapat dengan orang orang mcm tu?"
"salah ke?mereka manusia juga kan?"

"bukan ape, bukan ke kita kene pilih kawan yang elok-elok aje?"
"siapa kata?, kawan - kawan aku tu tak elok ke?"

"ko ni, elok elok sikit, nanti ko jadi macam diorang"
"iyuuukk? aku taknak la kawan dengan ko kalau macam tu"

"kenapa pulak?"
"mulut ko busuk,muka ko tak hensem,ko suka mengumpat,nanti aku pun jadi macam ko "




kenali hati budi mereka,
mereka juga insan biasa, 

mana tahu,
ilmu mereka lebih tinggi,

nasihat biar berhikmah
berkawan biar seribu, bercinta biar satu 
=D

Pendapat anda.?

(tiada niat untuk menyindir siapa-siapa,maaf)

20 comments:

ainraus said...

setuju! :)

Wafiy Suzly said...

penuh nilai sarkastik
er follow blog sarkastik tak?
dari cara penulisan macam follow je..:)

btw, header tu akan dicuba, nak tagline?tajuk header?

PrinCe ArCher said...

budaya sindir menyindir by prof sentap hati mak nak=)

HEROICzero said...

well, mereka ada sesuatu yang orang lain tiada.

pandang. tenung. perhati.

kamu akan nampak.

=)

faiz said...

btol tu...berkawan boleh...tapi jgn terpengaruh dgn mereka...nasihat sikit kalo boleh...

Yaya said...

betul, tak semestinya orang tu totally 100 % tak bagus.

manusia kan tak perfect :)

FurBall said...

sgt2 betul..dun judge the book by its cover..read it!!

Cik Aien said...

ain ade kwn pengkid, tp xpernh trpengaruh dgn dia..

ain ade kwn sosial, tp xpernh ikut cara dia..

well, even dorang cm tu.. sbnarnye dorang lagi nk elakkan kite jd mcm dorang..

+akufobia+ said...

kalau tak kawan dengan diorang,kalau diorang buat jahat,siapa nak nasihat kan kalau bukan kita kan?kalau pinggir kan,mereka terus akan buat jahat.sampai,bilabila.

zaty luvlianncezzz said...

ok..sgt setuju..
yg penting kena pandai jaga diri:)

LoLeEtA gOtHiCa said...

i likeee !
bgus la post nie. hehhe.
aei terasa jgak, sbb aei pun ader kawan yang mcm mereka2 diatas. truk2 dorunk tu, kawan kite jgak. miss her lots !

Novelgurl said...

Salam ..yeah right !Berbaik sangka sentiasa nasihat sikit demi sedikit kan =)

Catherine- said...

hai intan maisarah.

lalala~

kau nak kawan ngan aku x?

ehh... pompuan gila ni..

kau x kisah?`

lantakkkk~

;p~~

wasabi.senpai said...

like! =]

encikReza said...

pendapat sy?

jangan menilai org drpd luaran
sebab penilaian kita bukan selalu betol
kerana diri kita sendiri selalu tidak betol!

betol kan??

Olate Omote said...

Omote pun nak jadi sahabat! Yeay! Tapi Omote tak paham...pengkid tu ape?

Naddia said...

bagus la ang..memg betul. org yg suke ngumpat tula yg paling tak bagus wat kawan..kang blakang kite, die ngumpat kite lak..

Eda said...

tapi tak semua yang tonjolkan sifat sebenar bila bersahabat jika ada niat yg tak ikhlas..

Mentadak Mentadu said...

kita pon belum tentu baik kan....adeh

Cikya said...

aku..
kawan semua

mereka..
pandang serong
buka sebelah mata cuma

dia..
adakah total salahnya..

aku..
kawan semua
tanpa prejudis skeptik mentatu minda

nice.. :D