Thursday, March 3, 2011

.Soalan Bocor.

BAHAGIAN A:
Baca soalan dengan teliti dan jawab dengan jujur amanah dan saksama. Kalau jenis jawapan "ingat sikit - sikit" boleh diterima.
READY?

  1. Awak kenal Siti Nurhaliza?
  2. Awak ingat rukun negara?
  3. Awak ingat lagu negaraku?
  4. Awak hafal tak lagu Kalau berpacaran, Speak Now, ayam den lapeh, selamat hari raya, waka waka, i'm yours? (lagu apa apa aje la)
  5. Awak hafal tak nama penuh bf/gf / bff anda?
  6. Awak hafal lagu WonderPets?
  7. Berapa banyak buku cerita / novel / artikel / komik / berita yang awak dah baca?
  8. Eh, tahu tak Mc D / KFC / PIZZA/ AYAMMAS/ RADIX KENNY ROGERS/ PAPA RICH/ terdekat kat mana?
  9. Eh, hari tu, MU dengan Chelsea mana menang ye? (kih kih kih )

.......................................................................................................................................................................


BAHAGIAN 2
Jawab dengan jujur, sopan, senyum, hati gembira, amanah. Jawapan berbentuk was- was tidak diterima.
GO!



  1. Anda hafal rukun islam?
  2. Anda hafal rukun iman?
  3. Anda tahu sifat wajib bagi Rasul dan maksud?
  4. Anda hafal 20 sifat Allah?
  5. Anda sudah berapa kali katam Al-quran?
  6. Anda hafal nama - nama malaikat dan tugasnya?
  7. Anda tahu rukun Solat?
  8. Eh, Masjid, surau terdekat dimana?
  9. Asma Allah? 
  10. Nama 25 Rasul?

.......................................................................................................................................................................
Terima kasih kerana meluangkan masa anda, kerjasama anda amatlah dihargai.
.......................................................................................................................................................................

Siapa yang boleh jawab soalan bahagian A dengan jayanya !  TAHNIAH!! -Claps*
Siapa yang boleh jawab soalan bahagian B dengan konfiden !  TAHNIAH100.5x. -*ombak*


Dulu masa sekolah sekolah, kita boleh jawab soalan bahagian B tu dengan konfiden,
sekarang nak jawab pun macam was - was.
Moh la kita ingatkan balik basic - basic agama ni.
Malu sikit kat anak - anak, adik - adik kita.
Aku pun kene asah-asah sikit memori, touch up pengetahuan, banyak juga la dah lupa lupa ni.


Terima kasih pada semua yang doakan kesihatan saya sambil bebel bebel manja pada saya.
Petang ni, gerak balik ke Perlis. =D

14 comments:

Sharinginfoz said...

agak-agaknya soalan bahagian 3 macam mana ya

bujal X said...

semua saya tak tahu.maafkan saya.

(mengeluh)

intan.maisarah said...

sharinginfoz : itu kene mesyuarat dulu dengan lembaga peperiksaan.


bujal x : aa. abah penat jaga ainul malam tadi. takape

d_tieah said...

Bahagian A

1. Tak.. Tapi dia kenal saya..
2. Ingat..
3. Ingat..
4. Tak..
5. Bff ye..
6. Tak..
7. Tak pasti, selalu tak habis baca..
8. Tahu jugak.. Kat Miri jelah..
9. Chealsea menang 2-1
10. Ek? Tak faham..

Bahagian B
1. Hafal..
2. Hafal..
3. Lupa2 ingat..
4. Lagilah lupa.. *Masya Allah
5. Erk!
6. Nama je tahu tugas tak berapa nak ingat..
7. Insya Allah boleh jawab kalo ditanya..
8. Kalau dalam kawasan Miri saya tahulah..
9. Sikit2 bolehlah..
10. Boleh sangat..

*Gilerlah, otak semakin sikit ilmu! Ya Allah..

Linglung said...

harap2 gua takkan pernah lupa..

muhdzahari said...

aiyak! bahagian A takleh jawab 1, bahagian B takleh jawab 2.
macam mana tak kena tinggal kalau macam ni. haih..

Wafiy Suzly said...

terasa kerdil bila baca entri ni..

al-lavendari said...

salam singgah.

saya masuk kali pertama melalui blog kakcik.

oleh hal yang demikian, buat masa ini saya masih belum bersedia lagi menjawab soalan2 itu !

+akufobia+ said...

ada pilihan jawapan tak?

Syukri Kamaruddin said...

hehe bagus post awak ni....thumbs up!!!
jom2 study balik....

faiz said...

malu btol la...bhgn 2 ade yg xbley jwb..

RuSh D said...

wah,byk dh lupa..nie kena polish blk..huhu

RuSh D said...

wah,byk dh lupa..nie kena polish blk..huhu

delarocha said...

menjawab dengan ragu2,,,huhu