Friday, April 15, 2011

.jalinan.



Setiap manusia dilahirkan dengan satu ikatan yang termatri antara satu sama lain.
Dari hubungan ibubapa, anak, cucu, saudara kandung, atuk , nenek, saudara mara...



Jika diperhatikan, mungkin kita ini saling bersaudara.. saudara jauh mahupun dekat.
Kita wujud dari jisim yang sama, ditiupkan roh, lalu diberi mandat dan tujuan yang sama.
Beribadah, mengumpul amal dan ilmu secukupnya untuk hari itu.



Kembali pada jalinan itu, jalinan ikatan padu yang kita sering lupa barangkali, jalinan yang boleh mendekatkan hati, boleh menyatukan minda walaupun kita saling berjauhan, beribu batu ,namun jalinan ikatan itu ada.
 Indah bukan.



Walau ada antara kita tidak pernah bersua, namun ikatan itu ada, terbit rasa rindu, terbit rasa kasih, terbit rasa saling menyanyangi, saling menghormati.. Unik bukan, membahagiakan jalinan itu. Ibarat anyaman tikar yang kemas, cantik, berkualiti. =D


Perihara lah jalinan itu, ikat dengan kemas, jangan biar putus. Jangan pernah carikkan jalinan itu, jangan pernah bertindak kejam atas jalinan itu, Jangan pernah mengambil kesempatan di atas jalinan itu.



Kita semua punya amanah yang satu. Dunia akan indah jika jalinan itu dijaga rapi, disimpan halus dalam benak hati. Masing- masing akan tersenyum ceria, jika jalinan itu kukuh bersemi.




(rindu membuak-buak pada insan yang sentiasa sibuk, Kamu pasti sudah lupa pada aku)

19 comments:

Unknown said...

antara petua untuk panjang umur..ialah menjalinkan ukhuwah yg terputus sekian lama

Afida Anuar said...

jalinan kasih sayang antara kita sesama Islam..

theRandomcraps said...

tapi kenapa manusia masih kutuk-mengutuk?
keji-mengeji?
walhal semuanya saudara.
kerana hati sentiasa ada sifat hasad.
tambah dengan nafsu.
campur dengan hasutan syaitan.

Wafiy Suzly said...

entri ko selalu best, ngape?

uncle gedek said...

Belog juga 'menjalinkan'...

Monster Anarki said...

solidarity untuk semua.. tak kira bangsa dan agama.. respect each other..

skandaLdariLangit said...

harap insan itu bukan ska..

maafkan ska..

ska tadi buat kerja. akak senior yg on9..


maaf.

skandaLdariLangit said...

ska sayan kamu, sara.

cuma buat masa ini..

ada yg terluka.

dan ska juga terluka..

ditambah sibuk.

dan buat2 tambah sibuk juga..

Anonymous said...

jalinan , seperti sudah terikat -.=

whitecappuccino said...

semuga jalinan akan terus kukuh..

Aleen Aiden said...

rindu yg membuak2 kepada manusia paling saya sayang.mak.

faiz said...

silaturrahim mmg penting..

. said...

saya bersedih kerana manusia biasa banyaknya menanggap diriku hantu. =.=

catherine- said...

jom!

:)

± said...

aku jugak hantu, khairul. kehilangan kau di muka buku macam jalinan yg terputus. tikar yg cantik tu dah berlubang

Woofer Storm said...

kita semua lahir dari generasi yang sama,cucu adam dan hawa.kenapa harus lupa jika itu kenyataan yang seharusnya..ermmmm
follow kamu

Cik Ina Do Do Cheng said...

kalau semua manusia berfikir cam intan fikir, aman dunia ni.

nur maisarah said...

air dicincang tak akan putus. eh tetibe. :))

Bidadari Syurga said...

kalau akak... tahun ni paling mencabar... rindu pada 'keluarga' yang buang kami sekeluarga jauh2.... jalinan tu ada dalam hati kami... tapi mereka acuh dan rasa tak bersalah... its ok... ini ujian buat kami...