Wednesday, July 20, 2011

.tengkuk.

Kita hidup bermasyarakat.
Dari satu benua
ke satu negara
ke satu negeri
ke satu daerah
ke satu mukim
ke satu kampung
hingga ke satu keluarga

Rujuk pada masyarakat di kampung misalnya
Satu contoh yang aku rasa masih boleh di gunapakai untuk menggambarkan semangat keperihatinan antara satu sama lain .
Bila ada yang sakit,
heboh sekampung ziarah si pesakit.

Bila ada kenduri,
meriah dengan kehadiran jiran tetangga datang untuk menolong.

....................................................................................................

Kita hidup bermasyarakat,
budi di balas dengan budi
emas di balas dengan permata

jangan pula
bila kita dalam kesempitan
penuh orang membantu
bila orang dalam kesempitan
bangga kita jadi batu

Jangan la kita tahu lepaskan ikatan di tengkuk sendiri aja
bila dah lepas
terus lupa diri

..

owh. dunia kan tak adil.

sebenarnya kita sendiri yang membuatkan dunia begitu
kita punya hati, tenaga, jiwa
kita mampu membuatkan dunia menjadi sedikit adil..

jangan sampai orang jauh jiwa dengan kita
hingga kita dipulaukan sudah lah


apa?
hidup lebih tenang bersendirian?
oo...berdikari..

:) (:

32 comments:

PenjuruKosong said...

bila zaman dh berupa??
perlukah lg??

zaman kita mula fikirkan diri..
tak pedulikankan yg lain
yg penting..
periuk nasi sendiri..

zaman nk ditemukan sekarang
masyarakat yg begini...

Jaha Zack said...

aku cuba berdikari..
tak boleh..

hidup kena saling bergantungan...

Bidadari Syurga said...

kita berdikari bila jumpa DIA. yang lainnya berada di tengah2... kekadang senget gak.

ewanthology said...

kawan semasa senang memang ramai,
masa susah belum tentu lagi.

belogkiter said...

sekarang ... memang pelik.. kita hidup bermasyarakat pun dengan online.. kat fb lah, blog, forum twitter.. kalau keluar berselisih bahu pun fikir dua kalu kenal ke tak ni

James Alexander said...

sukar dunia kini apabila org tidak lebih memberi tetapi hanya rela menerima...

ghost said...

cara hidup di kampung jauh beda dengan cara hidup di kota.

rasanya kita sudah lama diajar dengan amalan begitu.tidak kira yang pro atau kontra.cuma kita sering tidak berlaku adil sesama kita.

NasQ said...

tak jumpa di KL ni... :(

penjajah minda said...

itulah manusia.haishh

Anonymous said...

aku suka kg sbb bermasyarakat

kat bandar ni jiran sblh pintu pon x kenal

bujal X said...

tapi bila orang lain hirau dicakap bizibodi.macamana?

A.s.t.i.n.a said...

Andai berdikari intu mudah...
penyelesaian pasti indah...

hanaahmad said...

kadang-kala mungkin boleh hidup sendirian tapi untuk selamanya? mungkin tidak bukan. kasih sayang itu boleh jadi nafas untuk hidup

HEROICzero said...

hidup ini cukup 'adil' untuk kita2 .

masing2 ada bagian sendiri .


yang mahu hidup ssendiri , biarkan . mungkin dia lupa , nanti mati pun , perlu orang2 yang lain untuk angkat dia ke kubur .


=)

Asyila Zainuddin said...

tak boley hidup sendirian! mesti nk kena ade kwn.. :)

pemuzik jalanan said...

Hah hidup di kota ni harapan laa nak ada suasana macam tu.

Hidup sendiri lagi tak awesome. Lonely~

Pembunuh Tanpa Bayang said...

dunia ini tidak adil!






ramai juga yang menyalahkan dunia.sedangkan orang-orang yang di dunia itu sendiri yang membuat cemar.
kasihan pada dunia.

Anonymous said...

zaman ini.

aku hanya aku.

kau hanya kau.

Encik Psychopath said...

what the world.

ORLANDO AHMAD said...

zaman skang kalo kenduri orang guna katering, dah xde gotong royong, tak best langsung katering

sud@is said...

berdikari itu bagus
tp bersendirian lebih ssh dari senang ...kena ada teman baru hepi2 ceria.

vampire's lovex said...

kau tahu? aku baru je pikir yg dunia ni x adil..huhuhu..

tapi betol juga ckp ko,manusia sndiri yg buat dunia ni x adil...

shameel Iskandar said...

dalam hidup kita perlu sandar menyandar. Hidup bermasyarakat adlh hidup saling bergantungan. namun saling bergantungan ini, seakan2 terlerai akibat urbanisasi dan modenisasi

. said...

manusia hidup saling bergantung :)

si para para said...

ohh zaman yang berubah. tapi kita yg makin jauh berubah....
yg baik kepada kurang baik...
punca?
tanya diri..

Asrul "iLham" Sany said...

kadang2 mau sendiri,
kadang2 mau ditemani

;D

uncle gedek said...

masyarakat belog pon hebat juga...

Rain said...

org yg biasanya kg, tidak boleh berada di bandar, terasa sunyi tidak dipeduli. masing2 dgn pendirian dan hal masing2..

biasanya bandar, tidak suka diri diambil tahu, kepoh katanya. mnyibuk katanya. jaga tepi kain katanya..


makin maju, manusia tidak hirau org lain. hanya peduli hal sendiri. asalkan asasi perut sendiri tidak kosong.

Cik Aien said...

Ada banyak makna dlm entry anda :)

kehidupan luar bandar lebih menyenangkan.. Ragam, sikap,cara dan perihal mereka sngt bermuafakat..

bagaimana di bandar? anda lihat, anda yg tentukan..

[sutera kasih] said...

entah bila aku reti nk hidup berdikari..sbb naik bas sendiri pun aku tak reti huhu

Senior prihatin said...

2 entri terbaru ni kedengaran saling berkait. ada sesuatu yang dihadapi ke?

A.s.t.i.n.a said...

berdikari.. mengajar kita erti sendiri..
hidup tanpa sesiapapun....
mahukah? mampukah?

yang seadanya termampu...
masyarakat zaman ini.. masih ada sebenarnya nilai di hati..
cuma masing2 lebih bersedia untuk menerima daripada memberi...