Monday, July 18, 2011

.tutorial senaman perut.

Adik- adik
Yong yong
Yeop yeop
yang disayangi dan dikasihi..


Kali ini,
"awok" nak memberi tips bagaimana untuk mencantikkan perut selain dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan sesama insan.
Sepanjang penglibatan "awok" dalam carrier DOMESTIC ENGINEER ini,
"awok" dapat rasakan bahawa, badan "awok" yang agak comel ini menjadi bertambah menawan lagi menarik

Makanya, "awok" mahu berkongsi tips, bagaimana untuk mendapatkan badan cantik dan vouge seperti Hannah Tan.

Bahan-bahannya ialah,

1. Seorang budak kecil,
2. Diri sendiri.


Cara-caranya :

Perlulah kita sebagai yang lebih dewasa baring,
kemudian tinggikan kaki,
Ajak si kecil naik dengan teruja duduk di atas kaki kita,
dan kita mulakan senaman dengan angkat kaki bersama si kecil riang,
sambil menyanyi :

Ton ton todak
Mayang labu-labu,
Kemana pergi budak,
cebok air labu,
Buat apa air labu,
Nak asah ladin,
Buat apa ladin,
Nak tetak bemban, 

Buat apa bemban,
Nak jolok bulan,
Buat apa bulan,
Naik main adik,
Adik tak hendak,
Beri pada mak,
Mak tak hendak, 
Beri pada apak,
Adik- oo adik rumah kita nak roboh,
kiri ke kanan?
kerrokkk kerroookkkk...
buuummm!!!!!!

Arakian,
Maka akan terkekek -kekek la si kecil ketawa
dan lazimnya si kecil tak sabar untuk sampai ke part "kerrook kerroookkk buummmm''
Oleh itu, lagu ton ton todak tak pernah habis sampai ke part "adik tak hendak, mak tak hendak"
Disamping itu, si kecil akan berkata "nak lagi..nak lagi..nak lagii"
maka berdayung lah lagu Ton Ton Todak hingga kepenatan.


................................................................................................................

Hati gembira bila melayan keletah si kecil,
maka entry pun berbunyi riang riang tom tom bak.

p.s : si kecil ni jujur tau...
contoh ayat : "caannnnteekk laaaa ucuu nii"..


"awok" = saya

39 comments:

Anisa Hang Tuah said...

nak cube lah
:D

NasQ said...

hoho... tetiba teringat permainan ni masa kecik2 dulu...

Khaisya said...

x larat.berat..haha

Khaisya said...

awok nak tips tmbah berat badan ada x?

Khaisya said...

si kecil mmg jujur..tp kena dgr tone suara dia cakap tu macam mana..pastu tgok sekali mimik muka si kecil tu..hahahaha..

monologtinism said...

haha
comelnya

tak jatuh ke dia duduk atas kaki?

RHI said...

anak kakak suka ajak main ni...lenguh ...

PenjuruKosong said...

hahaha
slamat bersenam~~

catherine- said...

ucuuu... nak lagi! nak lagi!!

:(

awok xde budak tecit

A.s.t.i.n.a said...

intannn...

saya slalu buat itu tetapi perut saya..ohhhh.. sobss sobss

uSu iJamm said...

Kat kpg aku, 'game' tu dipanggil 'pek pek anon'. 'Jampi' dia 90% sama.

ewanthology said...

budak kecil itu memang jujur

Unknown said...

aku dh cube mmg menjadik

.drakula. said...

aku...ntah tak dapat pun mcm tu...

James Alexander said...

cenggitu la plak... igtkan ade lagu enjit2 semut jek... hehehe...

Anonymous said...

panjangnye laguuuuuuuuuuuu ...wahahaha

abikwan said...

tak prnah lah nyanyi lagu ni.. tapi selalu ckp kat adik2.. jom men superman... hehehhe,,, brooom brooommm... letey gak... =P

Afida Anuar said...

Aaaa, selalu buat tu kat adik2 dulu.... skrang buat kat anak menakan pulak...patut la perut ramping je ni..hiK~

ghost said...

macam nih kena carik budak kecik lar jawabnya..masalahnya,di sekitar aku nih memang takde budak kecik..anak sedara pun dah besar2 semua.

vampire's lovex said...

hahahah... berguna la tips ni...

tp mana nak culik budak kecik nye hahhaha

fz said...

amboi..part p.s tu xmenahan..haha

aku ada adik kembar skrg da umo 4tahun,sekali diorg mintak buat camni, kena la buat kat dua2 *part nyanyi tu xlah :p. dah la sorang2 berat xnak kalah.pastu kena pulak ulang bekali2,nasib baik la abang dia ni panjang akal,bagi ais krim terus cancel buat camtu lagi..haha

feyza said...

tak prh dgr lagu tu punn~

sud@is said...

ayooo klasik laguuu...habih lagu sure perut kempes

Unknown said...

yee..stuju

si kecik mmg suka xcersice nieh

Unknown said...

aku selalu buat amcam tu masa adik aku kecik. tapi sekarang adik aku dah besar. mungkin akan praktikkan kepada bakal isteri aku dan anak aku nanti. haha.

penjajah minda said...

comey.tetiba rindu anak buah

SYARIFF HAIKAL said...

INTAN..LEH WT SIX PAD X??..HAHAA

~Sal Ismail~ said...

hehe..da lama x buat mcm ni ngn bebudak kecik ;p

Cikya said...

haha, serius kelakar..
kalau nak kuatkan lengan boleh main terbang-terbang..
tapi limit budak sampai umur 2 tahun je lah..
nanti lenguh amat tangan..
+, memang aksi ini dapat menslimkan badan eh?
kena culik anak sedara kat Johor lar.. :D

uncle gedek said...

Boleh tak ganti budak kecik tu dengan anak kucing?

Liyana Zahim said...

Sy berase spti knk2 di zmn hang tuah la kat sni.. Hahaha.. Eh hahaha name blog anda kan? =D

Rain said...

hai mama sara.. dh turun bape KG lepas nyanyi?..

:D

ORLANDO AHMAD said...

ucu ade muka pan asia tak?

Asyila Zainuddin said...

hehe.. selalu je main ni dgn adik.. tapi tak nyanyi lagu tu..

si para para said...

part yg nak lagu tu leceh tu...

lagi dan lagi..nak tercabut kaki ambe..
:)

Mutiara Bernilai said...

sayang..

aduh, entri kamu ni chumel sgt..hahaha..

tambah rindu kamu!

atoi~

Anonymous said...

owh. mak su levelnya

Pembunuh Tanpa Bayang said...

hanya mampu tersenyum membaca entry ini..... =)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tak sabar nak ada anak