Payung kubur 2
Payung kubur 3
Tempat : Tanah Perkuburan Kampung Laneh, Kuala kangsar, Perak
Cha'a (bukan nama sebenar) meletakkan sekaki payung di atas kubur yang baru itu.
"Toksah le letak payung tu kat kubur tu, dari kamu payungkan kubur tu , baik le kamu bawa payung tu guna untuk kamu teduh" tegur Tok atas perbuatan Cha'a tadi
.............................................................................................................................................
Sabtu, 20 Ramadhan (tahun 2003)
Meriah rumah Tok petang ni, dengan kehadiran anak cucu kesayangan, pum pang pum pang riuh rendah di dapur, sibuk semua nya bersilat untuk memasak juadah berbuka puasa.
Tok sibuk meletakkan kuih muih yang baru dibelinya di bazar di atas piring.
"ni aku suka ni kuih seri muka" ujar Tok
"ni tepung talam pak, bukan seri muka" balas mak long
"seri muka,, ish" bidas Tok kembali
~.~"
Tok suka mandi dahulu sebelum berbuka, sebelum melangkah ke bilik air. Tok perhati satu satu muka insan di dapur dengan senyuman baru dia masuk ke dalam bilik air.
Sedang asyik masing - masing menari zapin menyiapkan juadah, dan aku pula di buai mimpi di atas kerusi rotan di ruang tamu, ( n.n)
"ALLAHH....." terdengar jeritan Tok dari bilik air,
Abah melulu ke bilik air, menendang kuat pintu dengan kuat, pintu terbuka, dan jelas kelihatan Tok sudah siap bertuala , terbaring di atas lantai bilik air.
Abah kendong Tok ke ruang tamu, dan aku terjaga dek bunyi bising mak mengejut aku
"sarah, bangun, ish budak ni,, tok jatuh bilik air".
Terpisat - pisat aku bangun, melihat Tok sudah berada di atas riba kak ngah, kedengaran Mak Long, Abah, Kak Ngah, Mak, Pah mengajar Tok mengucap, dan aku, turut serta di situ, tergamam, terkaku.
Kak Yong pula menelefon ambulans, menelefon atok saudara aku.
Telinga aku dapat menangkap Tok mengucapkan kalimah Allah,satu hembusan nafas perlahan, matanya tertutup rapat, sambil setitis air mata jatuh dari kelopak mata.
Tak sampai 5 minit selepas itu, kedengaran bunyi laungan azan, tanda sudah masuk waktu berbuka.
Malam itu, malam 21 Ramadhan, juadah berbuka yang penuh terhidang di atas meja tak terusik, kuih tepung talam/seri muka Tok tak dijamah, malam itu juga la tak putus putus orang bertandang di rumah hingga ke esokkan paginya.
......................................
Selesai pengebumian Tok,
"eh, toksah letak payung atas kubur Pak Chu tu, dulu Pak Chu ada pesan kat awok dulu ." ujar Cha'a pada seorang pemuda yang meletakkan payung di atas kubur Tok.
Bermula raya pada tahun itu, aku rasa solat hari raya tak sama seperti dulu, sudah tiada lagi kedengaran suara merdu Tok mengimamkan solat hari raya, tiada lagi kedengaran khutbah dari Tok seperti sebelum - sebelumnya.
...........................................................................................................................................
Hari ini 20 ramadhan, genap 8 tahun Tok meninggalkan aku,
kebetulan harinya juga sama, hari sabtu.
Moga roh Tok tenang di sana,
Sarah rindu Tok.
Al- Fatihah " Jamaludin bin Pandak Manap"
26 comments:
al-fatihah.aku pun rindu tokwan aku.
oo ade cite bersambung upenyer..nanti aku baca semua k larling...kifkifkif
ada juga cerita bersiri rupanya. good.
al-fatihah..
xpe la
opah ada lagi
aku ni..
cucu yatim....
huhuhu
alfatihah.
biar hanya rindu dan doa yang mengiringi
senyum selalu.. =))
aku rasa kita sama la... Arwah atok aku meninggal 29 ramadhan tahun lepas... ermm... tak mampu nak menulis lagi...
Al fatihah untuk arwah..
sedih sgt..huhuhu..
rindu kat arwah nenek..huhu
Terharu. Kenangan kita terhadap org yg kita kasihi tak kan luput walau berapa tahun pun dia tinggalkan kita. Selama mana pun...ada ketikanya dia hadir...dalam kerinduan kita.
Salam kenal, menyinggah dari blog Tukang Karut, membaca N3 ini...Ate follow.
cam drama hehe....
Selamat pagi :)
tak gi jejalan ke weekend ni :)
semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya..
sara byk masa menulis.
rin tak.
al-fatihah buat tok awk..perit kehilangan org t'syg dekat2 ari raye neh..huhu..lain rase raye bila xde org2 tua...
sedey pulak bace ni.. tabahkan hati ye.. :)
berdiri bulu roma saat membaca patah patah ayat di atas..
kelu..
pilu rasa.
Allah sayangkan arwah. al-Fatihah
al Fatihah
atok aku meninggal tym aku upsr klu x silap..al fatihah
sy rindu sarah. semoga sarah kuat.
Assalamualaikum wbt
AlFatihah!
Walaupun udoh 8 taun peristiwa arwah berlalu, namun sejauh manakah keinsafan kita utk mengerjakan amalan2 yang diperintah oleh Allah SWT? Tempoh masa kita pasti akan datang jua...
al Fatihah...
rindu kat nenek belah ayah...
al fatihah...
gua pon suke mandi dulu baru berbuka
aku setuju sebenar nya dengan cerita 'payung' itu sendiri. =)
takziah buat kamu .
Al-Fatihah..
Bersiri rupanye :)
al-fatihah. semoga tok kamu tenang di sana dan bergembira dengan adanya cucu seperti kamu. *opah aku juga meninggal dunia setelah jatuh di bilik air. :)
al fatihah buat atok kamu sara...
al-fatihah buat atuk.
atuk belah Ma meninggal masa Ma remaja lagi..
belah abah pom dah takde mase kecik..
mesti best ada atuk..
alhamdulillah dua2 nenek ada lagi.. :)
Alfatihah.. Moga Tok berada di kedudukan yang tinggi di sisiNya... Mari doa sama2...
Kenapa anda duk ilek2 sajer tidak zapin hanuman di dapur...?
Post a Comment