memberi cerita bahagia kepada semua yang hadir
memberikan semangat untuk membakar jiwa mereka
Ya,
aku si pelakon handalan
pelakon yang mahu melakukan apa sahaja
untuk menjaga , mencantikkan sekalian jiwa yang hadir di sekitar ku.
sungguh,
aku tampak gagah
tampah ceria
tampak semangat
bila berhadapan dengan segala cabaran dan dugaan
nada suaraku ,
aku kawal agar tiada yang dapat membaca apa yang ada disebalik jiwa kecil aku.
...............................................................................................................................
Namun,
bila segalanya selesai,
aku kembali ke ruang khas
mengisi air penuh di dalam sebuah bekas,
masukkan muka di dalam bekas
biarkan air mataku sebati
mengambil bantal
menekup muka
bersendirian di ruang gelap bersama hamparan sejadah
bersujud
dan menagis sepuas hati.
aku perlu kuat.
aku perlu gagah.
aku harap kamu jujur dengan isi hati kamu.
.(menulis dengan kerongkong yang tersekat..)
.(agak emosi. sungguh tak kena dengan mood ramadhan bukan)
si pelakon handalan yang perlu
belajar untuk menyorokkan
kesayuan mata.
.terkedu ya ,
aku pamerkan potret sendiri.
35 comments:
Luka yang tak terasa mengalir tak berwarna
bagai jeritan tanpa suara..
tiba-tiba nangis..
nice.. kena selalu melawata sini ni untuk belajar sastera
Sekarang cuaca tak menentu.. Sy pun baru pulih dari sakit tekak.. Suara hilang.. Huhuhu.. Nasib baik menjelang ramadhan suara ok dah..
Entry Terbaru 1 : Peraduan Mudah 7 Hari Bermula Hari Ini
Entry Terbaru 2 : Golden Churn Creamary Butter Tidak Halal
carilah bantuan.
selamat berpuasa mai~~
*kipas-kipas intan maisara.
buka nnt kita beli cendol.
hebat lakonan lu
hadapi dengan tenang
lakonan tanpa prejudis
ah,kamu membuatkan aku mencari part sedihnya di mana.
ya sudah,jangan sedih2 ok,Mai.
benda takkan jd lebih mudah,
ya .. kita yang kena jd lebih kuat.
kuat ya intan maisarah!
jangan nangis2
sangat perit sekali!
sometimes you have to express yourself with the poeple around you.luahkanlah,jangan pendamkan saja.
tapi ingat,kepada orang yang kamu fikir tidak kisah mendengarnya sahaja ya. :)
usah bersedih lagi! titiskan air mata itu kemudian lapkan ia kembali.be strong,okay?
majuk lagi ker??
olo olo oloo~
nah *menghulur milo ice utk berbuka
berhenti menangis...
kekuatan wanita bukan hanya terletak pada air mata saja...
aku percaya kamu kuat...
peluk sara....
kamu harus kuat. nages itu boleh menenagkan. tapi berpada ya...
tak usah la begitu.
kamu mesti kuat.
ye kakak? eh -_-"
*ntah2 sebaya
nanti tiba masa
bila semua rasa rasa ini akan hilang dan pergi.
senyumlah
sara.jangan nangis.angin kena kuat.go go sara!
pura2 gembira hakikatnya tidak
panas betul cuaca bulan puasa ni.
hai intan. hai maisarah.
selamat berpuasa. :">
aku juga begitu.depan mereka,aku ketawa.d belakang,aku derita.
yg penting,kau bertabahlah ye. ^_^
nampak kekerasan lakonan mu itu haha
pembohongan demi pembohongan hanya membuatkan kau terjerat tinggi...
kalau berlakon, tak kuat pon nampak gagah...
Ayu memang ayu...
kau mampu memakai topeng indah tapi kau tidak mampu mendustai aku kerana kau cinta hati yg aku fahami isi hati.
bersabarlah sayang.
*big hug*
semua orang ada topeng yang tersendiri... sehebat mana pun mereka...
x tahu nak komen apa.. byk sgt dah bebel hari tu..
apa pun..kena kuat!kuat!kuat!
adik maisarah ni ada campur darah arab kan?
sesekali mata itu perlu disorokkan..
untuk mengelakkan lebamnya ternampak..
untuk mengelakkan merahnya terjengih..
untuk mengelakkan airnya menitis....
berlakon untuk menjadi kuat..
hadapi dengan senyuman
strong people dont trie to show for others how pity they are...ya
senyum itu..
adakah sekadar lirikan wajah..?
atau nada rasa hati tergambar..?
senyum...
dan pandanglah ke mata....
akan ternampaklah..
gembira senyum itu..
duka senyum itu..
sakit senyum itu...
tidak akan mampu senyum itu bertahan...
kadang2 kita berpura-pura tak sedih utk kegembiraan org lain..huhu
:D
Post a Comment