Sunday, November 13, 2011

.impian.

"perkara yang paling sukar ialah memperbaiki kembali perkara yang telah lama kita tinggalkan."

ibarat mengembalikan kertas yang sudah renyuk kepada bentuk asal yang licin dan halus,
ibarat cuba membaiki pakaian yang telah terkoyak dengan menampalkan nya dengan cebisan perca kain yang baru.

mungkin hasilnya memuaskan pada penghujung nya, tetapi nilainya tidak sama, nilainya tidak serupa seperti sebelumnya.



.............................


Memilih tangga berwarna tanah yang tampaknya lebih kukuh dan lebih tinggi dari yang lain, lalu didirikan di suatu sudut sehingga tangga itu dapat berdiri dengan stabil. 
Dengan perlahan aku menaiki satu persatu anak tangga, tiba di hujung langit untuk memilih awan yang paling indah, awan yang paling menyenangkan, awan yang paling dingin. 

Bertemu dengan awan pujaan hati lalu mengambil cebisan awan itu untuk diisi di dalam botol kaca. Di isi dengan penuh hemah, penuh berhati-hati... aahh,, sudah penuh..
Turun ke dasar bumi dengan botol yang telah termampat oleh awan indah, sayang nya , pabila tiba di tanah,
awan tadinya bertukar menjadi cecair - cecair jernih.
dengan perasaan ingin tahu yang tinggi, aku meneguk cecair - cecair jernih itu dengan perlahan.
seteguk demi seteguk hingga habis

rasanya?

PAHIT dan HAMIS.

25 comments:

Tea said...

Jgn minum air tanah...mau tea?

JIJI YU said...

yg ko gi teguk tu pehal..kenapa tak merasa je dulu

MR . ORLANDO AHMAD said...

hujan asid

Gen2Merah said...

ibarat kehidupan kita juga kan.. ada manis dan pahit... yang indah tak slamanya indah. yang penting kita bersyukur dengan apa yang ada

salam ukhuwah

Afida Anuar said...

ke kena tambah gula dulu!

Titisan Hujan said...

sgt tersirat
aku suka








hidup ni tdk spt yg kt gmbrkan angankan

penjajah minda said...

cinta tue tampak manis bila di gapai.namun akibatnya, sendiri mau ingatlah.

Tukang Karut said...

tersiratnya...

Mutiara Bernilai said...

*senyum dalam*

mendalam maksudnya syg,
dan aku seperti dapat memahaminya,,

masa. mungkin.

Ihsan Arifin said...

nak sebotol awan. nak pegang nak tau apa rasanya :)

ghost writer said...

tak semua impian yang kita maukan memberi kepuasan pada akhirnya.

namun yang terpenting pada usaha menuju gapaian impian.segalanya ada berbaur dalam rasa.

Mehmed - said...

bersyukur dengan apa yang kita ada,dulu..

dalam mencapai sesuatu, antara yang paling penting,langkah pertama dan niat awalan..entah..Ahaks!

Niena Pengembara Ilahi said...

awan pujaan tu cam awan nano ke

gedek! said...

pilih tangga berputar..

Asrul "iLham" Sany said...

semiotik?

dwaty said...

nak jaga suara ker???? hehehe

hanaahmad said...

indah khabar dari rupa begitu ya?

Bidadari Syurga said...

walau kau cuba teguk ke semuanya.. ia tak sama dengan sebelumnya ya...? cantik susunan ayat ni... sweet... rasa mcm nak peluk aja time baca...

~SaL IjOu~ said...

rasa yg berbaur..masam manis kehidupan dlm mengejar impian~

mia-ina said...

suke baca ayat tinta intan ni...mcm novel lak :-)

L said...

ayat yg bezz.. nice..

jom baca kejap..=0
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html

Asrul "iLham" Sany said...

yang penting mencuba...

:D

↻ inglip said...

err yang kertas renyuk tu..

aku tengok kertas recycle tu elok je. takde la susah pun nak buat dia jadi macam asal balik.


kan?

~* chirpy_chummy *~ said...

yup, don't judge a book by its cover.

nampak cantik, menarik , gebu je awan tu kn? tp bila ia menunjukkan rupa yg sebenar, rasanya..urmm...

tp baguslah, di minum sehingga habis. kalau da suke, pahit dan hamis bukan lagi halangan, ye dak? hihi

haikalblank said...

berlainan mengikut keadaan. Kadangnya berubah menurut masa.

cuba saja semua! :D